Andrea Pirlo, Mario Balotelli & Daniele De Rossi Dalam Skuad Itali

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 1:01 PM

Andrea Pirlo

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Itali, Cesare Prandelli tidak melakukan apa-apa kejutan dalam senarai 30 pemain skuad Piala Dunianya.

Sebagaimana yang dijangka dia menyenaraikan Andrea Pirlo, Mario Balotelli dan Daniele De Rossi.

Itali yang diundi dalam Kumpulan D akan memulakan kempen menentang England pada 14 Jun, sebelum menentang Uruguay dan Costa Rica.

Prandelli juga turut menyenaraikan bekas pemain Liverpool, Alberto Aquilani dan bekas penyerang Manchester United, Giuseppe Rossi walaupun dia baru sahaja pulih dari rehat panjang selama empat bulan kerana kecederaan lutut kanannya.

Gianluigi Buffon, penjaga gol Juventus yang turut terpilih bakal mencipta sejarah kerana bermain dalam kejohanan besar yang kesembilan - meletakkannya setaraf dengan bekas kapten Jerman, Lothar Matthaus.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH SKUAD PIALA DUNIA ITALI:

Penjaga Gol: Gianluigi Buffon (Juventus), Salvatore Sirigu (PSG), Mattia Perrin (Genoa).

Pertahanan: Ignazio Abate (AC Milan), Andrea Barzagli (Juventus), Leandro Bonucci (Juventus), Giorgio Chiellini (Juventus), Matteo Darmian (Torino), Mattia De Sciglio (AC Milan), Christian Maggio (Lazio), Gabriel Paletta (Parma), Manuel Pasqual (Fiorentina), Andrea Ranocchia (Inter Milan).

Tengah: Alberto Aquilani (Fiorentina), Antonio Candreva (Lazio), Daniele De Rossi (AS Roma), Claudio Marchisio (Juventus), Riccardo Montolivo (AC Milan), Marco Parolo (Parma), Andrea Pirlo (Juventus), Thiago Motta (PSG), Romulo (Verona), Marco Verratti (PSG).

Penyerang: Mario Balotelli (AC Milan), Antonio Cassano (Parma), Alessio Cerci (Torino), Mattia Destro (AS Roma), Ciro Immobile (Torino), Lorenzo Insigne (Napoli), Giuseppe Rossi (Fiorentina).


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan