Kenapa Rafa Benitez Sesuai Jadi Pengurus Tottenham Hotspur?

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 8:59 AM

Rafa Benitez. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PENCARIAN pengurus baharu Tottenham Hotspur menjadi salah satu tajuk perbincangan bagi mengakhiri musim tahun ini, dengan Rafa Benitez yang terbaharu dikaitkan dengan Spurs selepas Tim Sherwood dipecat dari kelab White Hart Lane itu.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy telah membatalkan kontrak 18 bulan Sherwood yang baru sahaja berkhidmat dengan pasukan itu selama lima bulan, bagi mengambil alih tugas Andre Villas-Boas pada Disember tahun lalu.

Pelbagai nama pengurus besar dikaitkan dengan kekosongan jawatan itu bagi memimpin salah satu kelab berprestij di England.

Louis van Gaal dilaporkan telah memilih jawatan pengurus di Manchester United, manakala Pengurus Southampton, Mauricio Pochettino dan Pengurus kelab Belanda, Ajax Amsterdam, Frank De Boer antara calon-calon yang popular untuk mengambil alih jawatan itu di Spur bagi musim 2014/15.

Pengalaman Benitez dalam Liga Perdana Inggeris telah menarik perhatian Spurs, dengan pengurus kelahiran Sepanyol itu mencatatkan kejayaan ketika beliau bersama Liverpool dan Chelsea sehingga merangkul trofi buat kedua-dua pasukan.

Benitez mencatatkan kejuaraan dalam Liga Juara-Juara sewaktu beliau di Anfield pada perlawanan akhir di Istanbul pada 2006, manakala prestasinya yang memberangsangkan sebagai pengurus sementara Chelsea selama enam bulan.

Kini bersama Napoli, Benitez sekali lagi meraih perhatian apabila mendahului dengan mencatatkan kemenangan dalam perlawanan Coppa Italia, dan paling penting menjadi tarikan buat Tottenham untuk berada pada kedudukan ketiga dan mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim akan datang. - uk.eurosport.yahoo.com

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan