Louis Van Gaal Lantik RVP Kapten Skuad Piala Dunia Belanda

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 12:30 PM

RVP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Belanda, Louis van Gaal telah mengumumkan senarai 30 pemain untuk skuad Piala Dunianya dengan penyerang Manchester United, Robin van Persie (RVP) sebagai kapten pasukan.

RVP sebagaimana dia dikenali dalam dunia bolasepak telah menghasilkan 41 gol dalam 82 perlawanan untuk Belanda.

Van Gaal, 62, yang dijadual untuk menandatangani kontrak dua tahun sebagai pengurus baru Manchester United pada minggu ini turut menamakan penjaga gol Newcastle, Tim Krul dan Swansea, Michel Vorm di dalam skuadnya.

Berdasarkan pemilihan begitu ramai pemain pertahanan dalam skuad Piala Dunia ini, adalah dijangkakan yang Van Gaal bakal bermain dengan formasi lima pemain pertahanan.

Bagaimanapun dia memberi jaminan yang mereka akan bermain dengan mentaliti menyerang sebagaimana dunia mengenali skuad Belanda.

Dan sebagaimana yang dijangkakan, pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben, perancang tengah Galatasaray, Weslkey Sneijder dan bekas pemain Tottenham, Rafael van der Vaart turut menjadi pilihan Van Gaal.

Belanda telah diundi berada dalam Kumpulan B yang terdiri daripada juara bertahan Sepanyol, Chile dan Australia.

BERIKUT ADALAH SKUAD PENUH BELANDA:

Penjaga Gol: Jasper Cillessen (Ajax Amsterdam), Tim Krul (Newcastle United), Michel Vorm (Swansea City), Jeroen Zoet (PSV Eindhoven).

Pertahanan: Daley Blind (Ajax Amsterdam), Stefan de Vrij, Daryl Janmaat, Terence Kongolo, Bruno Martins Indi (all Feyenoord Rotterdam), Karim Rekik (PSV Eindhoven), Patrick van Aanholt (Vitesse Arnhem), Paul Verhaegh (FC Augsburg), Tonny Vilhena (Feyenoord Rotterdam), Ron Vlaar (Aston Villa), Joel Veltman (Ajax Amsterdam).

Tengah: Jordy Clasie (Feyenoord Rotterdam), Jonathan de Guzman (Swansea City), Nigel de Jong (AC Milan), Leroy Fer (Norwich City), Arjen Robben (Bayern Munich), Wesley Sneijder (Galatasaray), Rafael van der Vaart (Hamburg), Georginio Wijnaldum (PSV Eindhoven).

Penyerang: Jean-Paul Boetius (Feyenoord), Memphis Depay (PSV Eindhoven), Klaas-Jan Huntelaar (Schalke 04), Dirk Kuyt (Fenerbahce), Jeremain Lens (Dynamo Kiev), Quincy Promes (Twente Enschede), Robin van Persie (Manchester United).

Tags / Kata Kunci: RVP , Louis Van Gaal , Belanda , Piala Dunia 2014

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan