Giliran Tim Sherwood Pula Jadi Mangsa Pemecatan Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 1:26 AM

Tim Sherwood akhirnya dipecat tidak sampai lima bulan dilantik sebagai pengurus Tottenham

(Ubah saiz teks)

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur telah memecat pengurus mereka, Tim Sherwood selepas kurang dari lima bulan mengambil alih jawatan tersebut daripada Andre villas-Boas.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy telah bertemu Sherwood pada Selasa dan memberitahunya yang kontrak 18 bulannya telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta walaupun kelab itu menduduki tangga keenam liga musim ini - kedudukan yang lebih tinggi dari juara musim lalu Manchester United.

Pengurus Southampton, Mauricio Pochettino kini menjadi calon popular untuk mengambil alih jawatan panas itu.

"Ini adalah kelab yang sangat dekat di hati saya...ia sangat menyedihkan," ujar Sherwood dalam reaksi segeranya kepada stesen televisyen Sky Sports News.

Sherwood, 45, telah diberi kontrak 18 bulan ketika dia mengambil alih jawatan tersebut daripada André Villas-Boas Disember tahun lalu.

Di bawahnya, Spurs menang 14 daripada 28 perlawanan liga, seri empat dan tewas 10 perlawanan.

Malangnya kedudukan Sherwood tidak pernah aman kerana Spurs pada masa yang sama turut mengintai calon-calon lain seperti Louis van Gaal, Pochettino dan Frank de Boer yang merupakan pengurus Ajax.

Dalam kes de Boer ia dilakukan secara terang-terangan dengan Spurs menelefon Ajax beberapa minggu lalu untuk mendapatkan maklumat sama ada mereka boleh memulakan rundingan sedangkan liga musim ini masih belum tamat dan berita itu bocor kepada media.

Spurs telah menerima hakikat yang mereka akan kehilangan Van Gaal kepada Manchester United dan kini hanya menumpukan perhatian kepada de Boer serta Pochettino.

Bagaimanapun Pochettino akan menjadi lebih mudah untuk dipujuk kerana dia telah menjadi semakin kecewa dan sedar yang Southampton akan kehilangan beberapa pemain berbakat seperti Adam Lallana dan Luke Shaw kepada kelab-kelab ternama seperti Liverpool atau  Manchester United.

Sementara itu Levy mengumumkan dalam laman web Tottenham tentang penamatan kontrak Sherwood.

"Kelab telah melantik Tim sebagai pengurus di pertengahan musim sebagai seorang yang tahu selok belok kelab ini dan juga para pemain. Ketika pelantikan itu dibuat kami telah bersetuju untuk menawarkan kontrak 18 bulan tetapi dengan klausa tambahan yang kontrak ini  boleh ditarik balik selepas tamat musim ini dan kami kini ingin memaklumkan yang kami telah menguatkuasakan opsyen tersebut.

"Sejak Tim kembali ke kelab ini sebagai penolong jurulatih pada 2008 dan kemudian sebagai kordinator teknikal pada 2010 dan ketua pembangunan bolasepak pada 2012, kelab ini telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya jadi bagi pihak kelab ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami kepadanya sekali lagi di atas perkhidmatan yang telah diberikannya selama ini," kata Levy.

Levy berkata, keputusan untuk mencari pengurus baru adalah sebagai langkah memandang ke hadapan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan