Carlos Tevez Tersingkir Dari Skuad Piala Dunia Argentina

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 12:11 PM

Carlos Tevez

(Ubah saiz teks)

> Tevez tidak bermain mewakili Argentina sejak 2011

> Bek tengah Man City, Martin Demichelis dan Pablo Zabaleta tersenarai

> Pengurus Alejandro Sabella juga membuat kejutan memilih bekas penyerang Chelsea Franco Di Santo

> Lionel Messi, Sergio Aguero dan Gonzalo Higuain sebagaimana diduga terpilih

PENYERANG Juventus, Carlos Tevez tidak tersenarai dalam skuad Piala Dunia Argentina walaupun dia menjaringkan 19 gol dalam Serie A Itali musim ini dan merupakan penjaring gol ketiga terbanyak.

Keputusan yang diambil oleh Pengurus Argentina, Alejandro Sabella benar-benar telah mengejutkan para peminat dan rakyat negara itu kerana dia telah memilih bekas penyerang Chelsea Franco Di Santo yang kini bermain untuk Werder Bremen mengatasi Tevez.

Franco Di Santo, 25, yang hanya mampu menjaringkan empat gol musim ini tersenarai bersama-sama pilihan utama iaitu Lionel Messi, Gonzalo Higuain, Sergio Aguero, Ezequiel Lavezzi dan Rodrigo Palacio di barisan serangan.

Teves yang berpindah dari Manchester City ke Juventus musim lalu telah memperlihatkan prestasi memberansangkan sejak dia berpindah kelab.

Malangnya pemain berusia 30 tahun itu tidak langsung mendapat perhatian Sabella.

Kali terakhir Tevez terpilih mewakili negaranya ialah pada tahun 2011.

Selain Tevez dua lagi nama besar yang tidak terpilih ialah penyerang Tottenham, Erik Lamela dan pemain tengah Paris Saint-Germain Javier Pastore.

Sementara itu, Martin Demichelis, bek tengah yang baru sahaja merangkul kejuaraan liga bersama Manchester City dalam musim pertamanya di England terpilih bersama-sama rakan sepasukannya Pablo Zabaleta.

Demichelis, 33, yang mempunyai 37 kap adalah veteran skuad Piala Dunia 2010 dan kali terakhir dipilih mewakili Argentina ialah pada tahun 2011.

Kempen Piala Dunia Argentina akan bermula 12 Jun menentang Iran, diikuti Bosnia dan kemudian Nigeria dalam Kumpulan F.

BERIKUT ADALAH SKUAD PENUH PIALA DUNIA ARGENTINA:

Penjaga Gol: Sergio Romero (Sampdoria), Mariano Andujar (Catania), Agustin Orion (Boca Juniors).

Pertahanan: Pablo Zabaleta (Manchester City), Federico Fernandez (Napoli), Ezequiel Garay (Benfica), Marcos Rojo (Sporting Lisbon), Hugo Campagnaro (Inter Milan), Martin Demichelis (Manchester City), Jose Basanta (Monterrey), Nicolas Otamendi (Atletico Mineiro), Lisandro Lopez (Getafe), Gabriel Mercado (River Plate).

Tengah: Javier Mascherano (Barcelona), Fernando Gago (Boca Juniors), Lucas Biglia (Lazio), Ever Banega (Newell's Old Boys), Ricardo Alvarez (Inter Milan), Augusto Fernandez (Celta Vigo), Jose Sosa (Atletico Madrid), Angel Di Maria (Real Madrid), Maxi Rodriguez (Newell's Old Boys), Fabian Rinaudo (Catania), Enzo Perez (Benfica).

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona), Gonzalo Higuain (Napoli), Sergio Aguero (Manchester City), Rodrigo Palacio (Inter Milan), Ezequiel Lavezzi (Paris Saint-Germain), Franco Di Santo (Werder Bremen)

Tags / Kata Kunci: Carlos Tevez , Argentina , Piala Dunia 2014

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan