Bekas Juara Liga Perdana Tiga Kali Joe Cole Cari Kelab Baru

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 5:42 PM

Joe Cole

(Ubah saiz teks)

BEKAS juara Liga Perdana Inggeris tiga kali Joe Cole berkata yang dia akan meninggalkan kelabnya West Ham United dan mencari kelab baru yang boleh memberinya jaminan bermain musim depan.

Pemain berusia 32 tahun itu hanya berpeluang bermain 13 perlawanan liga di bawah pengurus Sam Allardyce musim ini.

Katanya, wang bukan lagi menjadi perkiraan untuknya pada musim akan datang tetapi kelab yang dapat memberinya peluang untuk terus bermain.

"Saya mahu mencari kelab yang boleh meletakkan saya kembali ke posisi tengah," kata Cole kepada portal berita Britain, The Mail Online.

Cole, adalah produk Akademik Bolasepak West Ham, dianggap sebagai salah seorang pemain paling berbakat dalam generasinya.

Dia kemudiannya menyertai Chelsea pada 2003, memenangi tiga kejuaraan liga dan pada masa yang sama menjadi pemain regular England tetapi malangnya, kecederaan lutut yang kerap dialaminya telah menyaksikan prestasinya menurun di Chelsea.

Perpindahan ke Liverpool pada 2010 juga gagal untuk memulihkan semula kariernya tetapi dia menemui semula sentuhan ajaibnya apabila dipinjamkan ke kelab Perancis, Lille sebelum berpatah kembali ke West Ham.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan