Projek 2019: Muhammad Hariz Tekad Pamer Kemampuan Di Jerman

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 11:25 AM

Muhammad Hariz Mansor, 12, (tengah) bergambar kenangan bersama pelajar pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Redang.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pelatih bola sepak Skuad Projek 2019, Muhammad Hariz Mansor, mahu membuktikan kemampuannya semasa skuad itu beraksi di Jerman minggu depan.Sepanjang berada di sana dari 27 Mei hingga 13 Jun, skuad itu akan  mengadakan beberapa perlawanan persahabatan.

"Saya mahu menunjukkan prestasi cemerlang dalam usaha memastikan tempat saya dalam skuad terus terjamin," katanya.

Selain cemerlang dalam aktiviti sukan, Muhammad Hariz, 12,  juga pelajar tahun enam yang cemerlang dalam bidang akademik.

Beraksi di posisi pertahanan itu, Muhammad Hariz mahu mencontohi idolanya iaitu pemain pertahanan pasukan Kebangsaan England, Gary Cahill dan pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Sementara itu, Guru Besar Yusoff Daud berkata majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada Muhammad Hariz yang bakal berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Kuala Lumpur bagi memudahkannya menjalani latihan pusat di Bukit Jalil.

Ibu bapanya Mansor Abdul Ghani, 44, dan Mastura Muhammad, 38, berharap Muhammad Hariz akan berjaya dalam kariernya serta dapat memenuhi impian untuk menyarung jersi Harimau Malaya satu hari nanti.   

Tags / Kata Kunci: Projek 2019

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan