FAM Akan Umum Jurulatih Kebangsaan Baharu Bulan Depan

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 9:13 AM

Dollah Salleh yang membawa pasukan Pahang menjulang Piala Malaysia tahun lalu turut menjadi perhatian mengisi jawatan jurulatih kebangsaan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan bola sepak kebangsaan bakal mempunyai ketua jurulatih baharu bulan depan.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan pengumuman akan dibuat selepas pilihan raya merangkap kongres FAM pada 25 Mei.

Kerusi ketua jurulatih negara kosong sejak Disember lalu selepas kontrak Datuk K. Rajagopal telah tidak dilanjutkan.

Jurulatih kebangsaan bawah 23 Datuk Ong Kim Swee telah mengambil tugas sebagai jurulatih sementara sejak Februari.

Antara yang disenarai pendek untuk kerusi panas ini adalah - jurulatih kebangsaan Mozambique Gert Engels, bekas jurulatih Sepanyol bawah 21 Luis Milla Aspas, dan duo tempatan Kim Swee-Dollah Salleh, yang kini merupakan jurulatih Polis.

Subahan yang juga pengurus pasukan negara, berkata FAM akan bertemu Engels dari Jerman tidak lama lagi.

"Kami mempunyai beberapa calon-calon untuk jawatan itu tetapi sama ada mereka atau luar negara masih belum diputuskan," kata Subahan selepas melancarkan FIFA - FAM bengkel kejurulatihan akar umbi di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil pada Isnin.

"FAM kini sedang menemuduga calon-calon termasuk Engels yang kita akan bertemu dalam beberapa hari akan datang bagi membincangkan masa depannya bersama kami".

Mengulas mengenai bengkel kejurulatihan akar umbi tiga hari FIFA - FAM ini, Subahan berkata seramai 31 orang jurulatih dalam program ini adalah 'komponen' penting yang akan bekerjasama dengan bakat-bakat muda di negara ini.

"Mereka akan memainkan peranan langsung dalam Rancangan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP). Mereka akan berada di padang mengesan bakat-bakat baru dan membimbing pemain-pemain muda dan mereka akan bekerjasama rapat dengan MSN," katanya.

Tags / Kata Kunci: jurulatih kebangsaan , FAM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan