Ryan Giggs Desak Manchester United Umum Pengurus Baharu - Bola Sepak | mStar

Ryan Giggs Desak Manchester United Umum Pengurus Baharu

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 7:16 AM

RYAN GIGGS

Ryan Giggs. Foto AP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS sementara Manchester United, Ryan Giggs mendesak pasukannya supaya segera mengumumkan nama pengurus baharu dan selepas itu beliau akan memutuskan mengenai rancangan masa depannya.

Kontrak Ryan Giggs sebagai pengurus sementara Manchester United berakhir sejajar dengan tamatnya musim 2013/2014. Banyak pihak mendakwa pemain kelahiran Wales itu layak mendapat jawatan sebagai pengurus pasukan itu yang tetap.

Selain itu, nama jurulatih skuad kebangsaan Belanda, Louis van Gaal turut disebut-sebut sebagai pengurus baharu bagi pasukan The Red Devils itu. Oleh itu, Giggs mendesak supaya pihak kelab mengumumkan nama pengurus baharu agar memudahkannya menentukan rancangan masa depannya di Old Trafford.

"Saya fikir, situasi berkaitan dengan pengurus pasukan ini akan diselesaikan dalam waktu terdekat. Selepas itu, barulah saya akan memikirkan kedudukan saya, dan memutuskan apa yang akan saya lakukan seterusnya," kata Giggs.

"Apakah saya akan terus bermain atau tidak? Apakah saya akan menjadi pegawai jurulatih atau tidak? Posisi apa yang akan diberikan kepada saya atau mungkin saya akan berehat dari arena bola sepak selama setahun? Semua ini adalah pilihan yang ada dan saya perlu memutuskannya. Semula adalah pilihan terbuka untuk saya," kata pemain yang berusia 40 tahun itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan