Ferdinand Tinggalkan Old Trafford Selepas Kontrak Tidak Disambung

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 7:49 AM

Ferdinand bakal meninggalkan United selepas kontraknya tidak disambung.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain pertahanan England, Rio Ferdinand akan meninggalkan Manchester United selepas kelab di Old Trafford itu tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Ferdinand,35, beraksi buat kali terakhir bersama United dalam Liga Perdana musim ini ketika pasukannya terikat seri 1-1 ke atas Southampton.

Dia mencatat 400 penampilan dalam tempoh 12 tahun di Old Trafford dan masih bersemangat  untuk beraksi musim depan walaupun ada desas desus mengatakan Ferdinand bakal menjadi pengulas TV.

Ferdinand meninggalkan kelab dengan enam trofi liga, trofi Liga Juara-Juara 2008, piala Liga Kelab Dunia FIFA, dua trofi Piala Liga dan lima trofi Piala Perisai Komuniti.

"Saya telah berfikir lama sebelum membuat keputusan sukar sejak beberapa bulan lalu mengenai masa depan saya.

"Selepas 12 tahun kenangan bermakna di United yang dikategorikan sebagai kelab terbaik dunia, kini saya membuat keputusan untuk mengubah angin.

"Saya menyertai Manchester United dengan penuh keyakinan untuk memenangi trofi dan tidak pernah terfikir untuk mencapai impian itu ketika mula-mula bersama kelab ini.

"Saya juga banyak diberi perhatian, dan bermain dengan pemain-pemain hebat yang bertukar menjadi menjadi kawan baik, menjuarai gelaran pertama Liga Perdana dan malam yang menakjubkan di Moscow merupakan memori yang saya akan kenang selamanya," ujar Ferdinand.

Tags / Kata Kunci: Rio Ferdinand , Manchester United

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan