Chelsea Setuju Perjanjian 32 Juta Pound Untuk Diego Costa

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 7:12 AM

Diego Costa. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

CHELSEA bersetuju dengan satu perjanjian 32 juta pound (RM174.85 juta) bersama Altetico Madrid yang akan menyaksikan penyerang Diego Costa akan menyertai pasukan itu selepas berakhirnya Piala Dunia, menurut beberapa laporan media.

Perpindahan penyerang kelahiran Brazil dari Altetico Madrid nampaknya sudah dipersetuji, dengan perjanjian itu dijangka akan diumumkan selepas Altetico berhadapan dengan Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Sabtu, 24 Mei ini di Lisbon.

Nama Costa, 25, sememangnya sudah lama dikaitkan dengan Chelsea. Ini berikutan pengurus pasukan, Jose Mourinho mengakui mengagumi prestasi Costa.

Dilaporkan bahawa Costa akan menandatangani perjanjian 150,000 pound (RM819,624) seminggu.

Costa telah melakukan 36 jaringan pada musim ini, termasuk 27 jaringan dalam perlawanan La Liga Sepanyol.

Tags / Kata Kunci: Altetico Madrid , Chelsea , Dieo Costa

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan