Manchester United Buat Bidaan £27 Juta Untuk Dapatkan Luke Shaw

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 6:28 PM

Luke Shaw bakal menjadi pemain muda dengan bayaran gaji paling tinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris jika dia menyertai Manchester United musim depan.

(Ubah saiz teks)

BEKAS juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United telah membuat bidaan rasmi sebanyak £27 juta untuk mendapatkan khidmat  pemain pertahanan Southampton, Luke Shaw musim depan.

Mereka yakin yang pemain bek kiri itu akan dilepaskan oleh Southampton dengan bidaan sebesar itu.

Pemain berusia 18 tahun itu sudah pun dihubungi oleh Pengurus England, Roy Hodgson untuk dimaklumkan yang dia akan berada dalam senarai skuad Piala Dunia England dalam temasya Piala Dunia di Brazil Jun nanti.

United mahu memastikan yang urusan perpindahan Shaw diselesaikan sebelum Piala Dunia bermula.

Menurut portal berita Britain, the Guardian, jika urusan perpindahan itu berjalan lancar, Shaw bakal menjadi pemain pertahanan termuda dengan pendapatan paling tinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris iaitu sebanyak £100,000 seminggu untuk tempoh lima tahun.

United kini dalam proses untuk membina kembali skuad yang semakin dimamah usia dengan mengantikan mereka dengan pemain-pemain muda berbakat dan lasak.

Mereka menamatkan musim ini dengan menduduki tangga ketujuh liga iaitu prestasi terburuk dalam tempoh 26 tahun.

Adalah dijangkakan, pengurus skuad kebangsaan Belanda, Louis van Gaal akan diumumkan sebagai pengurus baru United musim depan.

United telah memecat pengurus mereka, David Moyes hanya selepas melantiknya 10 bulan yang lalu selepas United mengalami kekalahan mereka yang ke-11 musim ini pada Mac lalu.

Tempatnya telah diambil alih buat sementara waktu oleh pemain veteran, Ryan Giggs.

Giggs yang sempat menguruskan empat perlawanan telah menang dua, kalah sekali dan seri sekali. 


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan