Harapan Real Rangkul Juara Liga Hancur Tewas 0-2 Kepada Celta Vigo

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 8:59 AM

Charles menghukum kesilapan Real dengan menjaringkan dua gol Celta Vigo dalam perlawanan liga Sepanyol pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

> Kesilapan Sergio Ramos dan Xabi Alonso sumbang dua gol untuk Celta

> Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, Pepe, Raphael Varane dan Karim Benzema semua tidak bermain kerana cedera

> Gareth Bale di bangku simpanan kerana demam

> Real lima mata di belakang Atletico dengan hanya satu baki perlawanan saja lagi

> Carlo Ancelotti kini hanya ada satu peluang untuk tebus kesilapan itu dengan menang Piala Liga Juara-Juara

DUA kesilapan dan kecuaian oleh Sergio Ramos and Xabi Alonso sudah memadai untuk menghancurkan harapan Real Madrid merampas kejuaraan liga apabila mereka tewas 0-2 di tangan Celta Vigo.

Dengan kekalahan ini, penentuan terakhir juara La Liga berada di tangan Atletico Madrid dan Barcelona.

Real bertandang ke gelanggang lawan tanpa kelibat bintang-bintang mereka seperti Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, Pepe, Raphael Varane, Gareth Bale dan Karim Benzema kerana kecederaan.

Mereka telah pun seri dalam dua perlawanan liga berturut-turut sebelum perlawanan ini iaitu menentang Valencia dan Valladolid dan sebarang kesilapan sudah pastinya membawa padah.

Hakikatnya itulah yang berlaku.

Walaupun Sami Khedira diturunkan bermain buat pertama kalinya dalam temph enam bulan kerana kecederaan lutut yang serius yang dialaminya tetapi itu tidak memadai untuk menyelamatkan Real.

Kurangnya sumbangan kreatif dari bahagian tengah padang menjadi punca mengapa Real gagal menyumbatkan gol.

Sebaliknya penyerang Celta Vigo, Charles, menggunakan sepenuhnya kesilapan yang dibuat oleh Real untuk menghukum mereka dengan dua sumbangan gol.

Pengurus Real Carlo Ancelotti kini perlu menunggu 24 Mei untuk mengubah nasib malang yang menimpa Real sejak akhir-akhir ini dengan memenangi Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid yang sudah pastinya menjadi juara La Liga jika mereka dapat mengelak kekalahan minggu depan.


Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Celta Vigo , La Liga

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan