Manchester City Juara Liga Perdana Inggeris - Bola Sepak | mStar

Manchester City Juara Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 12:42 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas berjaya menewaskan West Ham 2-0 pada Ahad.

Kemenangan awal yang dilakarkan oleh City membuatkan anak buah Manuel Pellegrini tidak perlu mengetahui perkembangan antara Liverpool menentang Newcastle yang berkesudahan 2-1.

Sebaliknya pemain City dapat menyambut kejuaraan itu sebaik sahaja wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.

Dalam perlawanan itu, Samir Nasri muncul sebagai hero pasukannya selepas menghadiahkan jaringan pertama ketika perlawanan berbaki enam minit sebelum separuh masa pertama ditamatkan.

Ketua pasukan itu, Vincent Kompany kemudian mengesahkan kejuaraan mereka selepas babak kedua dimulakan.

Sementara itu, Liverpool terus kempunan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris apabila gagal menyaingi mata yang dikumpul City.

Walaupun pengkritik meramalkan anak didik Brendan Rodgers bakal menjulang piala selepas 24 tahun namun City membuktikan bahawa pasukan tersebut lebih layak.


Tags / Kata Kunci: EPL , Liverpool , Manchester City
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan