Pahang Masih Berpeluang Juarai Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 4:54 PM

Zainal Abidin Hassan ketika ditemubual pemberita.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Peluang Pahang menjadi pendahulu Liga Super sekali gus mengulangi sejarah merangkul Piala Super masih terbentang luas meskipun tewas kepada Selangor di Stadium Darul Makmur di sini malam Sabtu.

Itu reaksi pengendali skuad Tok Gajah Zainal Abidin Hassan.

"Tewas dengan Selangor (0-1) malam tadi bukanlan penamat untuk Pahang memandangkan saingan liga masih panjang, kita masih boleh tebus kekalahan ini dalam perlawanan akan datang," katanya kepada pemberita di sini.

Walaupun berpuas hati dengan persembahan pemain dalam perlawanan itu, beliau tetap merasa kecewa dengan sentuhan penyudah yang gagal memanfaatkan peluang diperoleh.

Selangor sebelum ini menduduki tangga kedua liga dengan berkongsi 28 mata dengan pasukan Pahang.

Namun selepas menewaskan Skuad Tok Gajah 1-0 dalam perlawanan ke-15 malam tadi, Gergasi Merah itu berjaya memintas dan menjadi pendahulu liga dengan mengumpul 31 mata.

Bagi saingan Liga Super selepas ini, Pahang dijadual menentang JDT pada Jumaat depan (16 Mei) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.


Tags / Kata Kunci: Liga Super , Pahang , Selangor

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan