Selangor Calar Rekod Bersih Pahang

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 12:18 AM

HERO… Penjaring gol tunggal perlawanan Andik Vermansyah dari Selangor menerima ucapan tahniah daripada penjaga gol Mohd Farizal Marlias selepas jaringannya berjaya menewaskan pendahulu Liga Super Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur dekat sini, malam ini. Keputusan penuh Pahang 0-1 Selangor. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor mencalar rekod tanpa kalah Pahang di laman sendiri pada saingan Liga Super musim ini, selepas meraih kemenangan tipis 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Jaringan pemain sayap dari Indonesia, Andik Vermansah pada minit ke-64 membolehkan skuad 'Gergasi Merah' merampas kedudukan pendahulu liga daripada Pahang dengan mengumpul 31 mata selepas 15 perlawanan.

Pahang pula turun satu anak tangga dengan 28 mata.

Kelantan pula melonjak dua anak tangga ke kedudukan kelima liga, hasil kemenangan 2-0 ke atas Selangor PKNS FC di Stadium Shah Alam.

Wan Zaharulnizam Wan Zakaria membuka tirai jaringan pada minit ke-44 sebelum penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe memastikan kemenangan mutlak skuad 'The Red Warriors' dengan gol kedua pada minit ke-88.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, wakil kelab Sime Darby FC mempamerkan kebangkitan sebelum mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Sarawak.

S. Chanturu meletakkan Sarawak di hadapan menerusi gol seawal minit ketujuh sebelum Ryan Griffiths menggandakan kedudukan pada minit ke-21.

Pemain import dari Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov bagaimanapun mengikat kedudukan selepas meledak dua gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-29 dan masa tambahan separuh masa pertama.

Mohd Syukur Saidin memusnahkan harapan Sarawak untuk meraih tiga mata dengan menjaringkan gol kemenangan Sime Darby FC pada minit ke-83.

Pertemuan wakil Singapura, Lions XII dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini terpaksa ditunda ke 20 Mei ini memandangkan beberapa pemain JDT terlibat dengan perlawanan amal Asean All-Stars menentang pasukan kebangsaan Indonesia di Jakarta, esok.

Dalam aksi tunggal Liga Perdana, UiTM FC dan Pulau Pinang berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan di Stadium UiTM, Shah Alam.

Perlawanan berkenaan diadakan semula pada hari ini selepas tertangguh akibat hujan lebat pada aksi berkenaan semalam.
Tags / Kata Kunci: Pahang , Selangor

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan