Van Gaal Beri Gambaran Terima Jawatan Pengurus Man United

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 11:28 AM

Louis van Gaal.

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal mendedahkan mengenai keinginan beliau untuk menjadi pengurus Manchester United sekaligus memberi gambaran yang beliau akan dilantik menggisi kekosongan yang ditinggalkan David Moyes di Old Trafford pada musim depan.

Jurulatih Belanda itu menyifatkan Manchester United sebagai "kelab bola sepak terbesar di dunia" dan berkata beliau akan "menyukai tugas itu".

"Saya berharap saya akan jadi (pengurus). Ia merupakan kelab terbesar di dunia dan ia merupakan cabaran yang hebat," katanya kepada BBC.

Beliau bagaimanapun berkata, belum ada persetujuan mengenai beliau akan menguruskan pasukan Old Trafford itu.

"Kamu (media) fikir saya adalah orangnya (pengurus Manchester United yang baharu), tetapi apa yang paling penting adakah Manchester United turut fikir perkara yang sama," katanya.

Van Gaal yang berusia 62 tahun itu menjadi pilihan ramai untuk mengambil alih jawatan pengurus Manchester United selepas kelab itu memecat David Moyes pada bulan lepas selepas hanya mengendalikan pasukan itu selama 10 bulan.

Media Britain melaporkan bahawa pelantikan Van Gaal akan disahkan pada minggu depan tetapi beliau tidak dapat memulakan tugasnya di Manchester United sehingga Piala Dunia selesai pertengahan bulan Julai.

Beliau berkata, spekulasi itu tidak akan menjejaskan kempen pasukan Belanda di Brazil.

"Saya perlu memberi perhatian terhadap kerja saya. Saya adalah jurulatih bagi skuad kebangsaan Belanda. Saya sudah menunggu lama untuk berada dalam Piala Dunia, maka penglibatan saya kali ini amat penting. Ia tidak akan menjejaskan saya. Saya sentiasa mendapat tawaran. Saya tahu tentang perjalanan dunia bola sepak," ujarnya lagi.


Tags / Kata Kunci: Louis Van Gaal , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan