Manchester United Berunding Dengan Adidas Untuk Penajaan Jersi Baru

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 4:53 PM

Nike menjadi penaja jersi Manchester United sejak 2002

(Ubah saiz teks)

> Jika rundingan berjaya ia akan catat sejarah sebagai yang terbesar di dunia

> Nilai tajaan boleh mencecah £60 juta setahun untuk jersi Man Utd

> Perjanjian dengan penaja jersi sekarang Nike berakhir Jun 2015

BEKAS juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United dijangka menandatangani perjanjian penajaan jersi baru kelab itu dengan gergasi peralatan dan pakaian sukan terbesar dunia, Adidas tidak lama lagi.

Rundingan berhubung penajaan jersi baru Manchester United itu sedang berjalan sekarang dan jika segala-galanya beres, Adidas akan menaja £60 juta setahun - iaitu yang terbesar dalam sejarah sukan bolasepak dunia.

Perjanjian antara United dengan penaja sekarang iaitu Nike bernilai £300 juta untuk tempoh 10 tahun akan berakhir Jun tahun hadapan.

Menurut portal berita Britain, Mail Online, United sudah tiga tahun berhadapan kebuntuan rundingan dengan Nike dan hak eksklusif Nike telah berakhir musim ini.

Rundingan itu dikatakan menjadi semakin rumit dan hambar selepas United gagal mendominasi liga musim ini.

Nike menaja jersi United sejak 2002.

Oleh yang demikian kata portal itu lagi, Adidas kini berada dalam kedudukan yang lebih baik dan selesa untuk mencapai perjanjian baru dengan United.

Portal itu memetik sumber-sumber kanan dari Adidas sebagai berkata yang Adidas dan United pada dasarnya telah bersetuju dengan tajaan bernilai £60 juta setahun.

Para eksekutif di Adidas dikatakan yakin yang imej dan pengaruh global United tidak sedikit pun terjejas dengan persembahan hambar mereka musim ini di bawah David Moyes.

Adidas juga dikatakan yakin yang United akan dapat mengatasi masalah tersebut dengan pelantikan seorang pengurus berprofil tinggi musim depan.

Buat masa ini Pengurus Belanda, Louis van Gaal disebut-sebut sebagai calon popular untuk mengambil alih tempat Moyes yang dipecat hujung April selepas United mengalami kekalahan ke-11 liga musim ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan