Luis Suarez Terima Anugerah Pemain Terbaik Kedua

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 9:14 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Penyerang Liverpool, Luis Suarez melengkapkan musim yang penuh gemilang buatnya apabila terpilih sebagai Pemain Bolasepak Terbaik England, pada Isnin.

Pemilihannya dibuat oleh Persatuan Penulis-Penulis Bolasepak England (FWA).

Hanya minggu lalu beliau terpilih untuk anugerah yang sama daripada rakan-rakan profesionalnya.

Pemain Uruguay berusia 27 tahun itu, dipilih mengatasi rakan sepasukannya Steven Gerrard dan Yaya Toure dari Manchester City.

Kejayaan Suarez merangkul dua anugerah berprestij England itu memadam memori pahit yang terpaksa dilaluinya pada awal musim ini dengan penggantungan 10 perlawanan selepas dia didapati bersalah mengigit lengan pemain peertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic April tahun lalu.

Walaupun begitu Suarez masih mampu muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan jaringan 30 gol.

Prestasi konsisten dan cemerlangnya telah berjaya meletakkan Liverpool sebagai pesaing utama kejuaraan liga dengan hanya tinggal baki dua perlawanan sahaja lagi untuk diselesaikan.

Mereka kini berkongsi mata dengan Manchester City dengan hanya dipisahkan oleh perbezaan gol sahaja.

Suarez memperolehi 52 peratus undi daripada lebih 300 orang penulis bolasepak England. Ini sangat menakjunkan kerana tahun lepas beliau hanya memperolehi dua undi sahaja.

Anugerah FWA bukan sekadar berasaskan prestasi di atas padang, tetapi juga sikap dan contoh yang ditunjukkan di padang dan luar padang.

Suarez kini menjadi pemain Liverpool yang ke-10 untuk memenangi anugerah ini.

Tags / Kata Kunci: Luis Suarez , FWA , Liga Perdana Inggeris

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan