JDT1, Pahang Terikat Seri 1-1

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 11:28 PM

Pemain JDT1 Luciano Gabriel Figuero meraikan jaringannya pada perlawanan separuh akhir pertama piala FA, menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunus Larkin, Johor Baru pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Johor Darul Takzim 1 (JDT1) gagal memanfaat kelebihan bermain di tempat sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Pahang pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Larkin pada malam Isnin.

Bermain di depan 30,000 penonton, skuad bimbingan Bojan Hodak memulakan aksi mereka dengan berhati-hati dan dilihat membiarkan Pahang melakukan serangan bertali arus ke kubu mereka.

Penyerang import Pahang Dickson Nwakaeme menguji gawang JDT1 seawal minit kelima selepas berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan tuan rumah Marcos Antonio Santos namun rembatannya tersasar.

Penyerang skuad Tok Gajah yang bertubuh tegap itu berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan JDT1 menerusi gerakan berbahaya namun kawalan ketat Marcos Antonio kelahiran Brazil menggagalkan usahanya mencari jaringan.

Pasukan JDT1 memecah kebuntuan apabila penyerang kelahiran Santa Fe, Argentina, Luciano Figueroa menjaringkan gol pertama permainan pada minit ke-13 menerusi gerakan cantik hasil sepakan percuma Safiq Rahim.

Safiq berjaya mengelirukan pemain bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan yang berkumpul di kotak penalti Pahang dengan melorong bola kepada Figueroa yang menunggu di penjuru kotak penalti.

Gol itu ternyata menghidupkan permainan dengan pemain JDT1 melipatgandakan serangan ke kubu Pahang namun berjaya ditangani pemain pertahanan Pahang yang diketuai Damion Stewart.

Bagaimanapun, sepakan percuma Azidan Sarudin pada minit ke-36 membolehkan Pahang memperoleh gol penting di tempat lawan hasil tandukan Matias Conti untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Gol terhasil apabila bola sepakan Azidan berjaya ditanduk Stewart ke tengah kotak penalti JDT1 sebelum disambar oleh Conti meskipun dicabar beberapa pemain pertahanan pasukan tuan rumah.

Berakhir separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan babak kedua permainan menyaksikan skuad Harimau Selatan melipatgandakan serangan namun pertahanan Pahang utuh menggagalkan usaha JDT1.

Bojan Hodak memasukkan Aidil Zafuan dan Irfan Fazail dalam usaha memperhebat serangan namun sehingga tamat permainan, usaha keras mencari gol kedua sebagai bekalan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur pada 30 Mei depan menemui jalan buntu.
Tags / Kata Kunci: JDT1 , Pahang , Piala FA , seri

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan