Bayern Munich Beri Kata Dua Kepada Thomas Muller

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 11:56 PM

Thomas Muller dikatakan mahu bersama-sama Louis van Gaal di Manchester United musim depan.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG antarabangsa Jerman, Thomas Muller telah diberi kata dua oleh kelabnya, Bayern Munich bahawa dia mestilah menyatakan hasratnya secara terbuka jika benar-benar mahu meninggalkan kelab itu untuk menyertai Manchester United musim depan.

Akhbar Jerman, Bild melaporkan yang Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge telah memberi altimatum tersebut kepada Muller sebaik sahaja berita mengenai hasratnya untuk menyertai United menjadi bualan umum khususnya di media massa negara tersebut.

Bild juga melaporkan yang Muller boleh menyertai skuad yang khabarnya bakal diketuai oleh Louis van Gaal musim depan pada harga £37 juta.

Bagaimanapun dia hanya boleh dijual jika membuat permintaan secara rasmi kepada Bayern terlebih dahulu. Bild melaporkan yang Rummenigge mahu mendengar permintaan tersebut dari mulut Muller sendiri.

Van Gaal adalah orang yang bertanggungjawab meletakkan Muller sebagai penyerang utama Bayern ketika dia menjadi pengurus kelab itu pada musim 2009-2010 dan kini mereka boleh bersatu semula jika van Gaal dinobatkan sebagai pengurus baru United musim depan.

Muller, 24, telah diturunkan dalam 24 perlawanan Bundesliga dan lapan perlawanan Liga Juara-Juara musim ini tetapi hanya mampu bertahan 90 minit permainan dalam 18 perlawanan sahaja.

Muller mahukan masa perlawanan yang lebih dan setakat ini dia enggan mengesahkan laporan yang dia mahu menyertai semula dengan Van Gaal jika pengurus asal Belanda itu kembali ke pengurusan kelab musim depan.

Penyerang itu bagaimanapun telah menjaringkan 25 gol musim ini.

Dia masih memiliki baki kontrak dengan Bayern sehingga 2017.

Siapa sahaja yang akan mengurus United musim depan akan diberi bajet sehingga £200 juta dalam usaha mereka untuk membina semula empayar yang telah runtuh akibat persaraan Sir Alex Ferguson musim lalu.

David Moyes yang dipilih mengantikannya gagal mempertahankan apa yang telah dibina sejak 26 tahun lalu oleh Ferguson.

United kini berada di tangga ke tujuh liga dan nampaknya akan terlepas peluang untuk bermain dalam apa jua pertandingan di peringkat Eropah musim depan.

Kelab itu sekarang diurus buat sementara waktu oleh pemain veteran Ryan Giggs sehingga tamat musim ini.

Van Gaal kini disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk mengambil alih jawatan pengurus musim depan.

Selain beliau, seorang lagi calon popular ialah pengurus Bayern sendiri iaitu Pep Guardiola.

Muller bersama-sama rakan sepasukannya, Toni Kroos, serta pemain Borussia Dortmund, Mats Hummels dan Marco Reus turut disebut-sebut menjadi sasaran United musim depan. 


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan