Napoli Dedikasikan Kemenangan Kepada Penyokong Cedera Ditembak

Diterbitkan: Ahad, 4 Mei 2014 3:39 PM

(Ubah saiz teks)

LORENZO Insigne menjaring dua gol dalam perlawanan yang membawa kemenangan untuk Napoli ketika menentang Fiorentina dengan keputusan 3-1, sekali gus merebut Piala Itali.

Bagaimanapun, di sebalik kemenangan itu berlaku kejadian tembakan yang menyebabkan seorang penyokong pasukan itu cedera parah di luar bandar Rom, sebelum perlawanan itu bermula.

Insiden itu menyebabkan perlawanan akhir antara Napoli-Fiorentina itu ditangguhkan 40 minit.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis berkata, dalam kejadian itu, beberapa penyokong cedera, bagaimanapun tidak diketahui punca sebenar kejadian itu.

"Penyokong yang ditembak sudah menjalani pembedahan dan diharap keadaannya tidak berbahaya dan kami tujukan piala ini khas kepada beliau," katanya.

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang pegawai polis yang sedang bercuti cedera.

Malahan anggota bomba juga tercedera akibat terkena percikan bunga api yang dilemparkan penyokong.

Susulan kejadian itu juga, Ketua Pasukan Napoli, Marek Hamsik dilihat bercakap dengan penyokong untuk mententeramkan mereka sebelum perlawanan bermula.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat pemain Napoli apabila Insigne segera menyumbat dua gol pada minit ke 11 dan satu lagi enam minit kemudian.

Pemain tengah Peru, Juan Vargas pula bangkit mempertahankan pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke 28.

Walaupun main dengan hanya 10 pemain apabila Gokhan Inler menerima kad kuning kedua seleps bertindak kasar terhadap Josip Ilicic pada minit ke 79, ternyata Napoli tetap unggul apabila pemain simpanannya, Dries Mertens menewaskan penjaga gol lawan untuk memberi mata penuh kepada pasukannya.

"Perlawanan yang hebat, kami berjaya menang walaupun dengan hanya 10 pemain," kata jurulatih Napoli, Rafa Benitez.


Tags / Kata Kunci: Piala Itali , Lorenzo Insigne , Napoli , Fiorentina

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan