Mignolet Penyelamat Liverpool - Rodgers

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 8:36 PM

Simon Mignolet

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Liverpool, Simon Mignolet dikritik sejak kebelakangan ini selepas melakukan beberapa kesilapan ketika beraksi.

Pun begitu, pemain kelahiran Belgium ini sepatutnya dipuji sepanjang aksi musim pertama bersama The Reds.

Mignolet dibeli dengan harga kurang £10 juta (RM55 juta) oleh Brendan Rodgers bagi menggantikan Pepe Reina yang meninggalkan kelab ini selepas lapan tahun bersama.

Sebelum itu, Mignolet mempamerkan aksi luar biasa ketika musim terakhir bersama Sunderland.

Bekas penjaga gol Liverpool Bruce David Grobbelaar (1981-94) mengkritik aksi Mignolet dan mendakwa pemain ini adalah punca kelemahan pasukan.

Namun kritikan itu ditepis Rodgers dan menganggap Mignolet telah melakukan yang terbaik untuk kelab.

"Simon tidak pernah menjadi punca kekalahan kami, tetapi dialah yang memberi mata kepada pasukan. Dia merupakan penjaga gol yang sangat cemerlang," tegas Rodgers.

Mignolet ada membuat kesilapan, tetapi ia adalah perkara yang turut berlaku kepada penjaga gol pasukan lain.

Dia telah menyelamat 70 cubaan dalam 36 penampilan musim ini dan ia bukanlah yang terbaik namun ia menyamai rekod Asmir Begavic (Stoke City).

Tags / Kata Kunci: simon mignolet , liverpool

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan