Tangisan Terry Jadi Ejekkan

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 8:12 AM

John Terry tidak dapat menahan sebak selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Atletico Madrod dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Chelsea, John Terry menitiskan air mata apabila tidak dapat menahan kesedihan ekoran kekalahan 1-3 pasukannya kepada Atletico Madrid dalam saingan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu, Chelsea berjaya mengikat Atletico Madrid tanpa jaringan.

Bagaimanapun dalam perlawanan awal pagi ini, Chelsea yang tampil sebagai pasukan pelawat dengan enam pemain pertahanan gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.

Tangisan Terry yang menjadi perkara biasa dikalangan pemain yang terpaksa akur kepada kekalahan itu bagaimanapun menjadi bahan ejekkan oleh peminat bola sepak lain.

Tindakan itu jelas kleihatan apabila ia dimuat naik ke laman sosial dan turut dilaporkan oleh media antarabangsa.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Atletico Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan