Edinson Cavani Mahu Ke United

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 9:08 AM

(Ubah saiz teks)

EDINSON Cavani dilaporkan sedang cuba untuk berhijrah ke Manchester United selepas tidak sehaluan dengan pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Laurent Blanc.

Penyerang berprestasi tinggi itu menyertai PSG pada musim panas lalu namun tidak dapat menonjolkan diri kerana dibayangi rakan sepasukan Zlatan Ibrahimovic.

Selain United, Chelsea dan Manchester City antara kelab ternama yang meminati pemain Uruguay terbabit, tetapi Cavani dilaporkan berkata lebih berminat untuk ke United.

Ini kerana, dia merasakan berpeluang untuk mendapat tempat bagi menonjolkan kemampuan sebenar selain tampil antara penyerang terbaik dunia.

Pemain berusia 27 tahun itu dilaporkan memberitahu rakannya bahawa Liga Perdana Inggeris lebih mencabar dan dia menunggu United 'melamarnya'.

Kelab yang ingin membawa keluar Cavani dari PSG dijangka perlu membelanjakan sebanyak £60 (RM328 juta) dan selain itu rakannya Ezequiel Lavezzi dijangka akan meninggalkan skuad tersebut pada musim panas ini.

Tags / Kata Kunci: PSG , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan