T-Team Adakan Kem Motivasi Untuk Pasukan

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 9:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tempoh cuti rehat selama tiga minggu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan berstatus kelab, T-Team yang mengadakan kem motivasinya di pulau peranginan terkenal di Terengganu, Pulau Redang.

Kem motivasi itu merupakan salah satu langkah pasukan bagi memantapkan skuad The Titans untuk mengharungi saingan Liga Super yang akan bersambung selepas ini.

Kelazimannya setiap pasukan akan mengadakan perlawanan persahabatan namun pengendali pasukan T-Team yakin dengan kem motivasi berkenaan dijangka mampu meningkatkan persefahaman para pemain sekali gus memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam liga.

Ketua Jurulatih T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata kem yang diadakan selama tiga hari bermula semalam itu adalah salah satu langkah bagi meningkatkan semangat para pemain selain daripada memantapkankan persefahaman antara pemain lama dan baru.

"Pihak pengurusan telah melantik pakar motivasi dalam kem ini bagi meningkatkan motivasi kesemua para pemain baik dari segi meningkatkan persefahaman mahupun sasaran untuk memperbaiki kedudukan yang lebih selesa," katanya kepada pemberita di sini.

Pasukan kendalian Mohd Azraai kini menduduki tangga kesembilan Liga Super dengan mengutip 15 mata daripada 14 perlawanan.

Prestasi permainan tidak menentu yang dipamerkan skuad The Titans menerima teguran Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi memantapkan pasukan.

Mohd Azraai berkata kem motivasi itu juga dijadikan platform untuk bangkit dan menebus kesilapan dalam perlawanan-perlawanan yang lalu.

"Kita mahu meningkatkan persefahaman dan komunikasi pemain lama dan baharu ini agar dapat menjadi satu pasukan mantap kelak, selain itu kita juga telah mengenalpasti kelemahan yang dibelenggu pasukan sepanjang kempen Liga Super," katanya.


Tags / Kata Kunci: T-Team , Terengganu

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan