Real Madrid Belanja £830 Juta Sejak 12 Tahun Lalu Tapi Masih Belum Menang Piala Eropah

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 9:15 PM

Jaringan yang membawa satu-satunya kemenangan Piala Eropah untuk Real Madrid sejak 12 tahun yang lalu. Ia adalah jaringan Zidane yang disifatkan sebagai yang terbaik yang pernah dihasilkannya.

(Ubah saiz teks)

APABILA Zinedine Zidane menjaringkan gol menerusi volley yang sangat menakjubkan dalam perlawanan akhir Piala Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayer Leverkusen di Hampden Park, Scotland 12 tahun lalu yang membawa kemenangan kepada mereka, ia sepatutnya menjadi permulaan era Galactico kepada Real Madrid.

Untuk rekod, perlu dinyatakan kemenangan 2-1 yang mereka catat 12 tahun yang lalu itu menjadi satu-satunya piala paling berprestij yang Los Blancos menangi walaupun Real telah membelanjakan £830 Juta ke atas pemain-pemain ternama dunia.

Ia juga adalah Piala Eropah yang pertama untuk Zidane dan juga Luis Figo selepas mereka menyertai Real musim sebelum itu.

Dan pada awal pagi ini (waktu Malaysia) Zidane yang kini merupakan penolong pengurus Real Madrid mampu untuk sekali lagi kembali ke perlawanan akhir jika mereka menewaskan atau cukup sekadar seri menentang Bayern Munich di Alliaz Arena.

Galatico yang pertama tiba sejak era itu ialah Ronaldo dari Brazil yang dibeli dengan harga £20 juta dari Inter Milan.

Walaupun selepas ketibaan Ronaldo, Real tetap gagal mempertahankan kejuaraan tersebut apabila Juventus menewaskan mereka di peringkat separuh akhir pada musim 2003.

Real tidak putus asa dan terus membawa masuk Galatico berikutnya iaitu David Beckham dari Manchester United, Michael Owen dari Liverpool dan kemudian Jonathan Woodgate dari Newcastle United.

Ruud van Nistelrooy, Fabio Cannarvaro dan Arjen Robben menyusul kemudian.

Tetapi mereka tidak menunjukkan sebarang progres dalam Liga Juara-Juara.

Di antara 2005 hingga 2010, mereka gagal meneruskan kemaraan melepasi Pusingan 16.

Kemudian mereka membeli pula Cristiano Ronaldo pada harga rekod dunia iaitu £80 juta tetapi Real terkandas di peringkat separuh akhir selama tiga tahun berturut-turut.

Pada malam Selasa, (2.45 pagi Rabu waktu Malaysia), mereka berpeluang untuk mara ke perlawanan akhir sekali lagi dalam tempoh 12 tahun jika mereka mampu seri atau menewaskan Bayern Munich.

Real mempunyai kelebihan menang 1-0 pada perlawanan pertama minggu lalu.

Sebelum itu mari kita lihat pada siapakah Real melabur dan berbelanja besar sehingga £830 juta dalam usaha mereka untuk membawa kembali Piala Eropah ke Estadio Santiago Bernabéu:

2002/03:

> Ronaldo (Inter) £20 juta

2003/04

> David Beckham (Man Utd) £25.5 juta

2004/05

> Walter Samuel (Roma) £16.7 juta

> Michael Owen (Liverpool) £8 juta

> Jonathan Woodgate (Newcastle) £13.4 juta

> Antonio Cassano (Roma) £5 juta

> Thomas Gravesen (Everton) £2.5 juta

2005/06

> Cicinho (Sao Paolo) £3.5 juta

> Robinho (Santos) £20 juta

> Julio Baptista (Sevilla) £16.9 juta

> Sergio Ramos (Sevilla) £22 juta

2006/07

> Ruud van Nistelrooy (Man Utd) £11 juta

> Mahamadou Diarra (Lyon) £21 juta

> Fabio Cannavaro (Juventus) £6 juta

> Emerson (Juventus) £26 juta

> Christoph Metzelder (Dortmund) Percuma

> Wesley Sneijder (Ajax) £22.7 juta

> Javier Saviola (Barcelona) Percuma

> Roysten Drenthe (Feyenoord) £11.5 juta

2007/08

> Gabriel Heinze (Man Utd) £8 juta

> Arjen Robben (Chelsea) £24 juta

2008/09

> Rafael van der Vaart (Hamburg) £11.4 juta

> Lassana Diarra (Portsmouth) £20 juta

> Klaas-Jan Huntelaar £20 juta

2009/10

> Kaka (AC Milan) £56 juta (rekod dunia)

> Cristiano Ronaldo (Man Utd) £80 juta (rekod dunia)

> Karim Benzema (Lyon) £25 juta

> Alvaro Arbeloa (Liverpool) £3.5 juta

> Xabi Alonso (Liverpool) £30 juta

2010/11

> Angel Di Maria (Benfica) £29 juta

> Sami Khedira (Stuttgart) £11.5 juta

> Sergio Canales (Racing) £4 juta

> Ricardo Carvalho (Chelsea) £6.7 juta

> Mesut Ozil (W Bremen) £12.4 juta

2011/12

> Nuri Sahin (Dortmund) £8 juta

> Jose Callejon (Espanyol) £5.5 juta

> Fabio Coentrao (Benfica) £25.5 juta

> Raphael Varane (Lens) £11.5 juta

2012/13

> Luka Modric (Spurs) £33 juta

> Diego Lopez (Sevilla) £3 juta

2013/14

> Isco (Malaga) £23 juta

> Asier Illarramendi (Sociedad) £34 juta

> Gareth Bale (Spurs) £85.3 juta (rekod dunia)

> Daniel Carvajal (Leverkusen) £5 juta


Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan