Luis Suarez Dinobatkan Pemain Terbaik EPL Oleh Rakan-Rakan Pro

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 8:26 AM

Dua pemain terbaik EPL pilihan pemain-pemain profesional, Eden Hazard dan Luis suarez dengan trofi kemenangan masing-masing.

(Ubah saiz teks)

DUA belas bulan selepas insiden mengigit tangan  Branislav Ivanovic, mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman kepada Patrice Evra dan digantung permainan sehingga 10 perlawanan, akhirnya penyerang Liverpool, Luis Suarez dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris pilihan pemain-pemain profesional liga tersebut pada Ahad.

Musim ini sahaja beliau telah menjaringkan 30 gol liga untuk meletakkan Liverpool di tangga teratas dengan hanya tinggal baki dua perlawanan sahaja lagi.

Dia telah membentuk gandingan yang mantap dengan penyerang England, Daniel Sturridge.

Pada tahun 2006, kapten Liverpool, Steven Gerrard memenangi anugerah ini.

Tempat kedua jatuh kepada pemain tengah Chelsea, Eden Hazard dan ketiga Yaya Toure dari Manchester City.

Hazard bagaimanapun memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik.

Selain Suarez, Sturridge, Gerrard, Hazard dan Toure, pemain tengah Southampton, Adam Lallana turut disenarai pendekkan untuk anugerah tahunan ini.

Mereka bersama-sama Petr Cech (Chelsea), Gary Cahill (Chelsea), kapten Man City, Vincent Kompany, Seamus Coleman (Everton) dan Luke Shaw (Southampton) telah diundi oleh rakan-rakan profesional mereka sebagai pasukan tahunan Liga Perdana Inggeris.

Untuk pertama kalinya sejak 1990, tidak ada seorang pun pemain Manchester United diundi untuk menduduki senarai pemain-pemain pilihan liga perdana oleh rakan-rakan profesional mereka.

Tahun lalu anugerah pemain terbaik liga dimenangi oleh pemain Tottenham, Gareth Bale yang kini sudah pun berpindah ke Real Madrid dengan menjadi pemain termahal dunia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan