Villarreal 2-3 Barcelona: Jaringan Lionel Messi Hadiah Kenang-Kenangan Untuk Tito Vilanova

Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 8:46 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA yang berhadapan dengan kemurungan dan sedang mengalami saat-saat merudum dalam permainan mereka akhirnya diselamatkan oleh jaringan lewat Lionel Messi untuk menewaskan Villarreal 3-2 dalam aksi La Liga Ahad.

Messi kemudiannya mendedikasikan gol tersebut sebagai hadiah kenang-kenangan untuk mendiang Tito Vilanova bekas pengurus mereka yang meninggal dunia kerana barah kerongkong pada usia 45 tahun Jumaat lalu.

Pemain Barca, Sergi Busquets dilihat menangis ketika seluruh stadium berkabung selama seminit sebelum perlawanan bermula sebagai penghormatan kepada sumbangan yang telah diberikan oleh Tito iaitu orang yang membimbing mereka untuk muncul juara La Liga musim lalu.

Tito mengantikan Pep Guardiola apabila pengurus itu membuat keputusan mengejut untuk meletakkan jawatan selepas memenangi 14 piala dalam tempoh empat tahun membimbing kelab tersebut.

Messi sebenarnya diasuh dan dicungkil bakatnya oleh Vilanova ketika jurulatih itu menjadi pengurus pasukan remaja Barcelona. 


Tags / Kata Kunci: La Liga , Barcelona , Villarrel , Lionel Messi

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan