Giggs Kembalikan Senyuman Ke Old Trafford Menang Dengan Gaya Man Utd

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 10:30 AM

Pengurus sementara Manchester United, Ryan Giggs disambut bagaikan wira di Old Trafford pada Sabtu dalam perlawanan menentang Norwich. United menang 4-0 dengan penuh bergaya.

(Ubah saiz teks)

SIAPA perlukan David Moyes atau Louis van Gaal apabila Ryan Giggs sendiri dapat melakukannya untuk mengembalikan keyakinan dan kegemilangan Manchester United apabila mereka mencatatkan kemenangan terbesar dalam perlawanan liga musim ini dengan membelasah Norwich City 4-0 pada Sabtu.

Giggs dan rakan-rakan kelas '92 - Paul Scholes, Nicky Butt dan Phil Neville telah mengembalikan senyuman ke Old Trafford semula dengan mempamerkan permainan gaya Manchester United - mendominasi 62% permainan dan menyerang dari mula sehingga ke sudah.

Jika tidak kerana kecekapan dan ketangkasan penjaga gol Norwich, John Ruddy, United sepatutnya menang dengan jumlah gol yang lebih besar.

Ini adalah perlawanan Giggs yang pertama selaku pengurus interim United dan tidak ada perkataan yang dapat mengambarkan dan menceritakan perihal kejayaan besar tersebut.

Dia bukan sahaja memberi tempat semula kepada kuda-kuda tua United - Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Patrice Evra, Michael Carrick bermain tetapi pada masa yang sama mengembalikan rentak permainan yang selama 10 bulan di bawah Moyes kelihatan ragu-ragu dan tidak bermaya.

Dalam perlawanan ini, mereka bermain rentak yang agresif dan menyerang untuk Giggs dan kelab mereka.

Aneh sungguh, bagaimana transformasi boleh mengubah rentak dan keadaan menjadi sebaliknya.

Untuk pertama kalinya juga Giggs masuk ke stadium memakai suit dan bukannya jersi United sepertimana yang sentiasa kita semua saksinya sepanjang tempoh 23 tahun kerjayanya sebagai pemain United.

Dan dia berjalan menuju ke tempat duduk pasukan tuan rumah dengan membawa gaya mentornya Sir Alex Ferguson dengan menandatangani autograf untuk para peminat setia yang menghulurkan pen serta buku program untuk mendapatkan tanda tangannya yang pertama selaku pengurus United.

Pedulikan ini adalah tugas sementara atau sehingga saki baki musim ini selesai kerana yang penting ialah Giggs dan rakab-rakan 1992nya telah mengembalikan rasa harga diri dan keyakinan ke Old Trafford semula.

Dan yang lebih mengembirakan ialah mereka membawa kembali gaya Manchester United di atas padang - mendominasi, mengerunkan dan menyerang habis-habisan walaupun pada separuh masa pertama mereka kelihatan sedikit berhati-hati. Tetapi sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, United benar-benar menguasai keadaan dan permainan di atas padang.

Gol United dijaringkan oleh Wayne Rooney pada minit ke-41 (pen) dan kemudian di minit ke-48. Selepas itu giliran Juan Mata pula pada minit ke-63 dan 73.

Ini adalah gol yang ke-16 dan ke-17 Rooney dalam perlawanan liga manakala Mata yang pada mulanya disangka akan kehilangan kepercayaan Giggs muncul sebagai supersub sebaik sahaja dimasukkan pada minit ke-60.

Rooney sekali lagi sepatutnya mencatatkan gol ketiganya dengan larian dan rembatan yang hampir identikal dengan golnya yang kedua tetapi Ruddy pantas membaca dan menampan bola keluar.

Kemudian pada saat-saat akhir Hernandez sepatutnya menjaringkan gol kelima United tetapi sepakannya tersasar dengan hanya Ruddy sahaja yang perlu ditewaskan.

Perlawanan ini turut disaksikan oleh Ferguson dan dia mengukirkan senyuman sepanjang 90 minit perlawanan. Manakan tidak, Giggs membentuk formasi kesukaan Ferguson iaitu 4-4-2 yang terbukti sangat serasi dengan pemain-pemain United selama ini.

Untuk rekod, kemenangan ini tidak mengubah kedudukan United dalam liga - masih di tangga ke-7 dengan enam mata di belakang Tottenham Hotpsurs yang menang 1-0 ke atas Stoke City sebelum itu.

Man Utd: David De Gea, Phil Jones, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Patrice Evra, Antonio Valencia, Michael Carrick, Tom Cleverley, Shinji Kagawa, Wayne Rooney, Danny Welbeck, Juan Mata (60'), Javier Hernandez (71'), Ashley Young (65').

Simpanan: Chris Smalling, Anders Lindegaard, Luis Nani, Darren Fletcher.

Norwich: John Ruddy, Steven Whittaker, Russell Martin, Michael Turner, Martin Olsson, Leroy Fer, Bradley Johnson, Robert Snodgrass, Jonathan Howson, Nathan Redmond, Ricky van Wolfswinkel, Gary Hooper (69'), Johan Elmander (56'), Alexander Tettey (80').

Simpanan: Mark Bunn, Jonas Gutierrez, Ryan Bennett, Josh Murphy.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan