Aksi Persahabatan: Malaysia Seri Tanpa Jaringan Dengan Filipina

Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mempamerkan aksi hambar selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Kompleks Sukan Cebu City, Filipina, pada Ahad.

Skuad 'The Azkals' kendalian Thomas Dooley melancarkan serangan bertali arus ke kubu skuad negara sebaik sahaja pengadil, Thoriq Munir Alkatiri dari Indonesia meniupkan wisel perlawanan, pada aksi yang disiarkan secara langsung sebuah televisyen berbayar.

Mereka hampir berada di hadapan menerusi percubaan Simone Rota pada minit ke-13 namun tandukan beliau hasil sepakan percuma daripada rakan sepasukan, sekadar singgah di palang gol Malaysia.

Pemain tengah, Baddrol Bakhtiar berpeluang meletakkan skuad Harimau Malaya di hadapan namun sepakan percuma yang dilakukannya pada minit ke-25 terus ke dakapan penjaga gol Filipina, Patrick Deyto.

Skuad 'The Azkals' terus melancarkan serangan bertali arus namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan negara yang diketuai kapten, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu masing-masing namun ketumpulan jentera hadapan menghampakan kedua-dua pasukan untuk menjaringkan gol.

Skuad Harimau Malaya berpeluang untuk meraih kemenangan namun sepakan penalti yang diambil pemain gantian, Mohd Safee Sali pada minit-minit terakhir perlawanan ditepis keluar oleh Deyto.

Keputusan tersebut kekal sehingga tiupan wisel daripada Thoriq.

Untuk rekod, Malaysia dan Filipina seri tanpa jaringan pada aksi persahabatan pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 1 Mac lepas.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Filipina , aksi persahabatan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan