FM Sasar Laksana Sistem Pengadil Tambahan

Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 5:42 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal melaksanakan sistem penolong pengadil tambahan (AAR) bermula peringkat suku akhir kejohanan Piala Malaysia 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata sistem itu diterima pakai dari Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA), yang akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Liga Malaysia (Liga M) awal tahun depan.

"Kita akan memperkenalkan sistem ini bermula pertengahan tahun ini secara berperingkat-peringkat bermula dengan beberapa perlawanan persahabatan dan digunakan secara sepenuhnya bermula 2015," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus penolong pengadil tambahan anjuran FAM di sini, Jumaat.

Menerusi sistem itu, beliau berkata akan terdapat dua penolong pengadil tambahan, menyertai seorang pengadil dan dua pembantu pengadil.

Mereka akan ditempatkan di sepanjang garisan gol di setiap gawang untuk melihat insiden di kawasan penalti dan membantu pengadil membuat keputusan, katanya.

"Dengan kos setiap set 'Radio Communication System' dan 'Electronic Flag' yang dianggarkan mencecah RM15,000, kita memerlukan 15 set peralatan sedemikian bagi memastikan sistem ini dapat dilaksanakan dalam Liga Malaysia," kata Astaman.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jawatankuasa Pengadil FAM menerima enam aduan mengenai mutu pengadilan yang lemah, dari 415 perlawanan Liga M setakat ini.

"Dua dripadanya mempunyai asas untuk mengambil tindakan terhadap pengadil.

"Selain itu, seramai tujuh pengadil dan penolong pengadil telah diambil tindakan berdasarkan laporan penilaian pengadil," katanya.

Sebanyak 33 pengadil menyertai kursus dua hari itu yang bermula hari ini di bawah kendalian Hugh Dallas, Werner Helsen (kedua-duanya dari jawatankuasa pengadil UEFA) selain empat pengajar tempatan iaitu Subkhidin Mohd Salleh, Mohammad Radzali Yaacob, Nasaruddin Ishak dan Ahmad Khalidi Supian.


Tags / Kata Kunci: FAM , UEFA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan