Separuh Akhir Liga Juara-Juara: Real Madrid 1-0 Bayern Munich

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 8:06 AM

Jaringan tunggal Karem Benzema sudah memadai untuk membolehkan Real Madrid menang 1-0 ke atas Bayern Munich pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara pada malam Rabu.

(Ubah saiz teks)

JARINGAN gol pada minit ke-19 oleh penyerang antarabangsa Perancis, Karem Benzema sudah memadai untuk membolehkan Real Madrid menumpaskan juara bertahan Bayern Munich pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah pada malam Rabu.

Ini memberi kelebihan kepada Madrid yang akan berkunjung ke Alliaz Arena untuk perlawanan penentu minggu depan dan memenuhi impian mereka muncul juara buat kali ke-10. Kali terakhir Real memenangi piala ini ialah pada 2002.

Pengurus Bayern, Pep Guardiola menegaskan mereka masih mempunyai harapan untuk mengubah defisit 0-1 itu dalam perlawanan kedua nanti apatah lagi bermain di tempat sendiri tetapi pada masa yang sama mengakui memang sukar untuk menghalang kelajuan gerakan pemain-pemain sayap Real sepanjang tempoh 90 minit khususnya Cristiano Ronaldo dan Angel di Maria.

Bayern yang mengharapkan untuk masuk ke final yang ketiga berturut-turut dalam sejarah mereka kelihatan sedikit berkarat semenjak menjadi juara liga dua minggu lalu tetapi untuk babak pertama perlawanan mereka mendominasi bahagian tengah padang dengan baik.

Carlo Ancelotti, pengurus Real sendiri mengakui hakikat itu dan berkata para pemainnya bermain dengan terlalu berhati-hati sehingga menjejaskan rentak permainan mereka.

Gerakan kilat Franck Ribery dan Arjen Robben dengan hantaran-hantaran yang tepat memang mengagumkan penonton dan membuatkan Real sedikit kaku.

Tetapi mereka juga tidak kurang pantasnya dan dominasi mereka di bahagian sayap memberikan kelebihan ke atas Bayern.

Sebenarnya Bayern Munich menguasai padang lebih dari 70 peratus tetapi mereka masih tidak dapat menembusi gawang Real.

Real Madrid: Casillas 7, Carvajal 6, Fabio Coentrao 6.5, Alonso 6.5, Pepe 7 (Varane 73, 6), Ramos 7, Modric 7, Isco 6 (Illarramendi 82), Benzema 7.5, Di Maria 5.5, Ronaldo 7 (Bale 74, 7).

Simpanan: Marcelo, Casemiro, Morata, Lopez.

Gol: Benzema 19.

Kad Kuning: Isco.

Bayern Munich: Neuer 7, Rafinha 5 (Javi Martinez 66, 6), Alaba 6, Kroos 6, Boateng 6, Dante 6, Robben 6.5, Lahm 7, Mandzukic 6, Schweinsteiger 6 (Muller 74, 6), Ribery 5 (Gotze 72, 6).

Simpanan: Pizarro, Weiser, Zingerie, Raeder.

Pemain Terbaik Perlawanan: Karim Benzema.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan