Selangor Lengkapkan Kempen Piala AFC Dengan Kemenangan Bergaya

Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 2:17 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pasukan Selangor melengkapkan kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2014 dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas wakil Maldives, Maziya Sports & Recreation Club, pada aksi kumpulan F di Stadium Shah Alam, malam Rabu.


Kemenangan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Selangor yang sudah tersingkir daripada kejohanan dengan lapan mata di tempat ketiga manakala Maziya
kekal di tangga tercorot kumpulan menerusi kutipan satu mata.

Wakil Vietnam, Hanoi T&T FC dan Arema Indonesia menempah slot ke pusingan kedua kejohanan selepas muncul dua pasukan teratas kumpulan F, masing-masing
dengan kutipan 15 dan 10 mata.

Pada aksi di Shah Alam itu, skuad 'Gergasi Merah' dikejutkan dengan jaringan awal penyerang pelawat, Assadhulla Abdulla pada minit kesembilan selepas beliau menyambar hantaran silang rakan sepasukan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor kembali mengatur jentera serangan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel yang menanduk masuk sepakan percuma Mohd Azmi Muslim.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah nyata lebih 'bernafsu' untuk memburu lebih banyak jaringan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu
pelawat.

Hasilnya, Rangel menjaringkan gol peribadi kedua pada minit ke-62 selepas menolak mudah hantaran silang daripada Afiq Azmi sebelum beliau mencipta
jaringan hatrik pada minit ke-78 hasil kelalaian benteng pertahanan pelawat.

Mohd Azmi melengkapkan kemenangan bergaya skuad kendalian Mehmet Durakovic itu dengan gol keempat pada minit ke-82 menerusi sepakan percuma cantik yang
menerjah ke penjuru kiri gol Maziya.

Durakovic berkata beliau sangat gembira dengan aksi anak buahnya yang mencipta kemenangan besar dan yakin mereka akan kembali dengan lebih mantap untuk layak ke kejohanan itu tahun depan.
Tags / Kata Kunci: Piala AFC 2014 , Selangor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan