Jual Pogba, Juventus Mahu Van Persie Dan Nani

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 1:28 PM

Pogba

(Ubah saiz teks)

JUVENTUS dilaporkan bersedia menjual pemainnya, Paul Pogba pada musim panas ini pada harga £60 juta (RM329Juta) kepada Chelsea atau Arsenal.

Tindakan itu dilakukan bagi membolehkan Juventus mendapatkan dua pemain Manchester United iaitu Robin Van Persie dan Nani selain Juan Cuadrado.

Perebutan Pogba, 21, antara Chelsea dan Arsenal juga mungkin diganggu oleh pihak ketiga iaitu, Paris Saint-Germain (PSG) yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih tinggi untuk mendapatkan pemain berkenaan.

Pemilik PSG dari Qatar dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £60 juta atau lebih kerana pasukan itu mempunyai misi penting dalam merangkul kejuaraan utama dunia seperti Liga Juara-Juara.

Selain Van Persie, Juventus juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Manchester City, Edin Dzeko.

Pelan mendapatkan Dzeko dibuat selepas Van Persie dilaporkan tidak menunjukkan minat terhadap pasukan berkenaan.

Penyerang Belanda itu juga menyatakan bahawa dia lebih gembira untuk terus kekal di United biarpun terdapat perselisihan dengan David Moyes yang telah dipecat.


 

Tags / Kata Kunci: Juventus , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan