Import Dari Brazil dan Argentina Bakal Mantapkan JDT

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 10:12 AM

Jorge Pereyra Diaz (kanan) akan memperkuatkan barisan serangan JDT selepas ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan termahal dalam Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) dilaporkan akan menandatangi dua pemain import baharu bagi menggantikan bintang dari Argentina, Pablo Aimar dan pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan.

Jorge Pereyra Diaz iaitu bekas pemain bawah 23 tahun Argentina akan menggantikan Aimar manakala Marcos Antonio Elias Santos, 30, dari Brazil dikatakan akan mengambil alih tugas Baihakki.

Diaz, 24, yang bermain di Liga Primera B, Argentina berjaya memikat pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dengan aksi pantas dan kelicikan yang dimilikinya.

Pemain muda yang turut menjadi buruan kelab Belgium dan Brazil akhirnya memilih untuk mewakii JDT kerana ingin menimba pengalaman bersama idolanya iaitu, Luciano Figueroa.

Aimar terpaksa diketepikan olah PBNJ selepas pemain terbabit mengalami kecederaan dan gagal membantu kelab selama beberapa minggu untuk mendapatkan kejuaraan dalam Liga Malaysia.

Sementara itu, bagi memperkemaskan bahagian pertahanan, PBNJ dilaporkan akan menjadi Antonio Elias iaitu pemain FC Nuremberg, Jerman sebagai pilihan utama.

Pemain terbabit menjadi pilhan berdasarkan saiz fizikal dan pengalaman di pentas antarabangsa sebelum ini.

Antanio Elias yang memiliki ketinggian 1.87 meter dijangka menjadi milik sah JDT sebelum jendela perpindahan pada bulan ini ditutup.

Bagaimanapun, PBNJ belum mengumumkan secara rasmi mengenai status kedua-dua pemain itu setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Brazil , JDT , Argentina , Jerman

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan