David Moyes: Berakhirnya Satu Kesilapan Tapi Siapakah Punca Krisis Di Old Trafford?

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 1:49 AM

Sir Alex Ferguson, orang yang bertanggungjawab secara peribadi memilih David Moyes

(Ubah saiz teks)

DENGAN berakhirnya satu saga yang memalukan di Manchester United yang menyaksikan pemecatan David Moyes dan pasukan kejurulatihannya pada awal pagi Selasa, portal berita terkemuka Britain, The Mail Online menuding jari kearah lima figura yang mereka dakwa menjadi punca kepada krisis di Old Trafford selepas lebih 20 tahun dipuncak kuasa Liga Perdana Inggeris.

5. Sir Alex Ferguson:

Pengurus paling cemerlang dalam sejarah bolasepak British ini secara mengejut mengumumkan persaraannya selepas 26 tahun memimpin United dan meninggalkan kelab itu sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris iaitu gelaran ke-20 sejak beliau menjadi pengurus. Ferguson secara peribadi memilih pengantinya iaitu seorang berbangsa Scot sepertimana dirinya dan berasal dari bandar yang sama dengannya iaitu Glasgow. Calon pilihannya itu ialah David Moyes, pengurus Everton selama 11 tahun tanpa sebarang rekod memenangi apa-apa kejohanan atau piala. Dengan kekuatan kewangan yang United ada mereka boleh mengaji mana-mana pengurus dan jurulatih bertaraf dunia seperti Jose Mourinho atau Pep Guardiola. Tetapi United akur dengan visi Ferguson malah memberi keutamaan kepadanya untuk memilih pengantinya. Siapa pun tidak nampak termasuk Ferguson sendiri bahawa kasut dan bayang-bayang yang ditinggalkannya adalah terlalu besar untuk diisi oleh seorang pengurus yang tidak pernah memenangi apa-apa seperti Moyes. Malah Ferguson turut meninggalkan sebuah skuad yang sudah tua dan usang untuk diurus oleh Moyes.Tidak cukup dengan itu Ferguson boleh dikatakan hadir di stadium untuk menyaksikan setiap perlawanan United yang menurut ramai pemerhati memberi tekanan kepada Moyes.

4. Marouane Fellaini:

Salah seorang daripada dua pemain yang dibeli Moyes sepanjang tempoh 10 bulan beliau mengurus United ternyata merupakan satu malapetaka. Pemain antarabangsa Belgium itu kekurangan daya kreatif yang menjadi mercu tanda skuad United sejak era Ferguson lagi. Fellaini bukan sahaja bergelut dengan kecergasan dan kecederaan tetapi juga tidak dapat menghasilkan prestasi yang menjadikannya seorang pemain yang mendominasi bahagian tengah ketika bersama Everton dahulu. Kehadiran Fellani tidak meransang bahagian tengah United dengan hantaran-hantaran kreatif.

3. Ed Woodward:

Ketua pegawai eksekutif United ini juga turut dipersalahkan di atas krisis yang melanda kelab itu sejak Ferguson bersara. Sepertimana Moyes, dia juga baru dilantik sebagai CEO united. Kegagalannya untuk segera bertindak dan menguruskan kemasukan pemain-pemain baru dan ternama di awal musim adalah satu malapetaka kepada United. United yang dibarisi oleh tidak kurang dari enam pemain yang berumur 30 tahun ke atas tidak mempunyai penganti yang berkualiti untuk mengambil alih tugas daripada golongan tua ini. Kekurangan pengalaman dalam mengendalikan urusan perpindahan pemain dipersalahkan ke atas kepada Woodward. Tetapi dia tidak menerima tindakan pemecatan sebaliknya yang dipecat ialah orang yang memilih kesebelasan utama setiap minggu. Orang itu adalah David Moyes.

2. Rio Ferdinand & Regim Lama United:

Ferdinand yang sudah berusia 33 tahun dan kapten pasukan Nemanja Vidic hanya menjadi bayang-bayang kepada regim lama yang tidak lagi berfungsi di tahap tertinggi apabila khidmat mereka diperlukan. Mereka bermain dengan minda separuh persaraan.Malah Vidic telah pun mengikat kontrak untuk bermain bersama Inter Milan musim depan. Tidak cukup dengan itu, Ferdinand yang kelihatan lebih aktif dalam media sosialnya daripada di atas padang memberi komen-komen yang tidak membina dan mempengaruhi minda pemain-pemain muda yang lain. Selain mereka, penolong kapten Patrice Evra dan Michael Carrick juga telah mencecah umur 30 tahun lebih termasuklah Robin van Persie.

1. David Moyes:

Tolak sebelah faktor-faktor lain yang menjadi punca kepada krisis di United, Moyes sendiri gagal ujian terakhir di semua peringkat sepanjang 10 bulan beliau mengurus kelab juara ini. Dia dilihat kekurangan daya imaginasi. Bermain dengan fikiran bertahan lebih banyak daripada menyerang. Perancangan yang tidak mendalam dan terperinci. Semua ini tidak serasi dan selari dengan mentaliti sebuah kelab juara. Dia tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana sepanjang 11 tahun di Everton, matlamatnya setiap minggu adalah untuk tidak kalah dan bukannya menang.Kesimpulannya, bagi sebuah pasukan sebesar United yang tidak biasa untuk berada di bawah kelab seperti Tottenham dan Everton, 11 kekalahan sudah memadai untuk dianggap sebagai lawak jenaka dan tidak boleh diterima oleh mana-mana akal yang waras. United di bawah pimpinannya telah mencatatkan pelbagai sejarah baru 'yang pertama' sepanjang musim ini yang tidak pernah disaksikan sepanjang 26 tahun di bawah Ferguson termasuklah tewas di tangan Stoke City, Newcastle United dan Swansea City.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan