Media Britain Lapor United Putuskan Untuk Pecat Moyes

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 12:29 AM

Pengurus United, David Moyes dilapor akan dipecat dalam tempoh 24 jam

(Ubah saiz teks)

LONDON: Dua buah akhbar paling berpengaruh dalam dunia bolasepak di Britain, The Guardian dan The Daily Mail melaporkan yang pengurusan Manchester United sudah bersedia untuk memecat pengurus mereka, David Moyes selepas mereka tewas untuk kali ke-11 musim ini dengan yang terbaru di tangan Everton iaitu bekas kelab pengurus berbangsa Scot itu sendiri.

Kedudukan United di tangga ke-7 liga sekarang bermakna mereka tidak akan terlibat dalam sebarang pertandingan di peringkat Eropah musim depan dan ini boleh diterjemahkan sebagai kehilangan punca pendapatan sehingga berjuta-juta dolar dari kutipan jualan tiket, hak siaran langsung, siaran televisyen dan penajaan dalam pelbagai bentuk.

Kedua-dua akhbar itu dalam laporan versi online nya lewat malam Isnin menyatakan bahawa David Moyes akan dipecat bila-bila masa dalam minggu ini malah boleh disingkitkan dalam tempoh 24 jam dari sekarang.

Pemilik United iaitu keluarga Glazer dari Amerika Syarikat dilaporkan telah hilang sabar dengan keputusan yang mengecewakan musim ini sedangkan mereka adalah penyandang juara liga.

Pukulan terakhir ialah kekalahan mereka di tangan Everton 2-0 Ahad lalu iaitu yang ke-11 dalam liga musim ini dan menyebabkan mereka berada 13 mata di belakang kedudukan terakhir untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Sejak mengambil alih jawatan pengurus dari Sir Alex Ferguson Jun lalu, rekod Moyes menunjukkan daripada 51 perlawanan, beliau menang 27, seri 9 dan kalah 15 dengan peratusan kemenangan sebanyak 52.94 peratus.

Keluarga Glazers dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ed Woodward dilaporkan telah cuba untuk menunjukkan kesabaran mereka dengan Moyes tetapi pada masa yang sama menyedari yang prestasi para pemain semakin merudum dengan mereka (para pemain) seolah-olah telah berhenti bermain mati-matian untuk pengurus mereka.

Adalah difahamkan, kini keputusan yang diambil ialah untuk memecat Moyes selepas musim ini tamat tetapi situasi sekarang sangat tegang yang mungkin memaksa mereka bertindak lebih awal.

The Guardian dan The Mail juga melaporkan, jika benar Moyes dipecat dalam tempoh 24 jam dari sekarang, pemain legenda,  Ryan Giggs dikatakan akan diminta untuk menjadi pengurus sementara sehingga situasi tenang.

Antara nama-nama yang kini disebut sebagai penganti Moyes ialah Pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp, Pengurus Belanda, Louis van Gaal dan Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti.

Lain-lain nama yang turut disebut ialah Diego Simeone dari Atlético Madrid dan Pengurus Paris Saint-Germain yang juga bekas pemain bek tengah Manchester United sendiri, Laurent Blanc.

Disebalik membawa masuk pemain-pemain ternama dan mahal seperti Marouane Fellaini dan Juan Mata pada Januari, United masih gagal untuk mengejar pesaing-pesaing utama mereka seperti Manchester City, Liverpool, Chelsea dan Arsenal.

United di bawah Moyes, turut tersingkir dalam semua saingan piala.

Mereka mempunyai baki empat perlawanan lagi untuk diharungi musim ini iaitu menentang Norwich pada 26 April; Sunderland (3 Mei); Hull City (6 Mei) dan Southampton (11 Mei).


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan