Penyerang Tempatan Perlu Tingkatkan Kualiti - Kim Swee

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 9:05 AM

Kim Swee (kanan) bersama barisan pemain skuad kebangsaan ketika sesi latihan di Wisma FAM, Petaling Jaya pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyerang tempatan perlu lebih serius dan berusaha dengan lebih gigih sekiranya mahu menjadikan pasukan bola sepak negara lebih kompetetif pada masa akan datang.

Pengendali sementara skuad Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee berkata penyerang tempatan sepatutnya belajar daripada penyerang import dari kelab dan pasukan negeri masing-masing walaupun mereka jarang diturunkan dalam perlawanan Liga Malaysia.

"Dalam pemantauan saya ketika menyaksikan beberapa perlawanan Liga Malaysia, kebanyakan kelab (lebih gemar) menggunakan khidmat pemain import sebagai penyerang, jadi saya susah untuk memilih penyerang tempatan.

"Bukan saya hendak salahkan kelab yang mengambil penyerang import, namun bagi saya adalah lebih wajar sekiranya penyerang tempatan seperti A. Thamil Arasu (dari Selangor) diberi peluang sama rata supaya mereka belajar sesuatu daripada pemain import," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini pada Isnin.

Sebanyak 23 pemain melaporkan diri kepada beliau untuk sesi latihan pusat kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Filipina pada aksi persahabatan di Kompleks Sukan Cebu City, Filipina, 27 April ini.

Enam pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Badhri Mohd Radzi dari Kelantan serta Mohd Farizal Marlias, Mohd Bunyamin Umar dan S. Kunalan (Selangor) dijangka melaporkan diri pada Rabu dan Khamis ini selepas membantu pasukan masing-masing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Saya tidak boleh panggil terlampau ramai pemain baharu kerana mengambil masa untuk mendapat kombinasi yang serasi dalam pasukan. Jadi saya hanya memperbaiki beberapa kelemahan daripada dua perlawanan sebelum ini," kata Kim Swee.

Mengenai perlawanan menentang Filipina, jurulatih berusia 43 tahun itu berkata beliau tidak membuat perubahan besar terhadap skuad sedia ada namun membuat pertukaran di beberapa posisi seperti serangan dan pertahanan.

Kim Swee berkata kemenangan ke atas Filipina pada aksi persahabatan kelas 'A' itu akan mencerahkan peluang Malaysia untuk membaiki ranking pasukan yang kini berada pada kedudukan ke-142 dunia.

"Walaupun Filipina berada pada ranking yang rendah daripada pasukan negara (ke-143), bagi saya skuad negara turun selaku 'underdog' kerana Filipina merupakan pasukan yang sedang meningkat naik," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa Filipina baru-baru ini menewaskan Nepal 3-0 selain seri 1-1 dengan kelab Liga Emiriah Arab Bersatu, Al-Ahli.

Malaysia dan Filipina terikat seri 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 1 Mac lepas

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , Selangor , Harimau Malaya

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan