On Jabbar Dipecat Selaku Pengurus JDT II

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 9:40 PM

Pengurus Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Onn Jabbar disambut oleh penyokong-penyokongnya selepas memberi keterangan berhubung insiden kekasaran terhadap pengadil selepas perlawanan JDT II menentang UiTM FC di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Pasir Gudang pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengambil tindakan drastik dengan melucutkan jawatan On Jabbar sebagai pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II).

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya berkata keputusan itu diperkenan Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selepas mengambil kira tindakan On yang dikatakan menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman.

On dilaporkan berbuat demikian pada aksi Liga Perdana antara JDT II dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Sabtu lepas.

Mohd Fahmy berkata On turut dikenakan denda RM25,000 namun masih kekal selaku anggota exco PBNJ.

"Pihak persatuan ini juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama, sokongan dan komitmen yang tuan (On) telah berikan selama ini kepada pasukan JDT II khususnya dan PBNJ amnya," katanya menerusi sepucuk surat yang dimuatkan dalam laman Facebook rasmi JDT II, Johor Southern Tigers, pada Selasa.

On dikatakan telah menumbuk muka Sukri selepas berang dengan beberapa keputusan yang disifatkan berat sebelah, sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan penyokong tuan rumah.

Perlawanan itu berkesudahan seri 2-2.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini dipetik sebagai berkata, On bakal berdepan hukuman berat termasuk digantung seumur hidup daripada aktiviti bola sepak sekiranya didapati bersalah menyerang pengadil.
Tags / Kata Kunci: JDT II , On Jabbar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan