Moyes Catat Pelbagai Sejarah Negatif Yang Pertama Bersama United

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 12:40 PM

David Moyes dan Manchester United tidak sinonim sepertimana Sir Alex Ferguson

(Ubah saiz teks)

ADAKAH jawatan ini terlalu besar untuk diisi oleh seorang yang tidak pernah memenangi sebarang trofi dalam sepanjang kerjayanya sebagai seorang pengurus?

Itulah persoalan yang kini dilontarkan oleh pelbagai pihak khususnya media massa ke atas David Moyes yang khabarnya hanya menunggu masa untuk menerima surat pemecatannya daripada Manchester United.

Akhbar The Daily Mail begitu yakin dengan maklumat yang mereka perolehi sehinggakan berani untuk meletakkan tajuk berita "Moyes Dipecat" semalam.

Media-media massa Britain juga turut mengemukakan beberapa nama yang dijangka sebagai penganti Moyes.

Antara yang paling popular ialah Louis van Gaal, pengurus Belanda sekarang.

van Gaal memenangi kejuaraan liga di setiap kelab yang beliau urus sepanjang kariernya. Yang terakhir ialah bersama Bayern Munich pada 2010.

The Mail Online sebaliknya menyenaraikan segala pencapaian pertama Moyes sebagai pengurus United tetapi semuanya dalam bentuk yang negatif.

> Di bawah Moyes, Everton buat pertama kalinya menewaskan United di tempat sendiri dan di tempat lawan sejak musim 1969-70;

> Di bawah Moyes, Everton dan Liverpool buat pertama kalinya menewaskan United dalam satu musim;

> Di bawah Moyes, Man City dan Liverpool buat pertama kalinya menewaskan United di tempat sendiri dan lawan dalam satu musim sejak Liga Perdana diperkenalkan;

> Di bawah Moyes, United buat pertama kalinya melepaskan gol seawal minit pertama (Edin Dzeko untuk Man City);

> Di bawah Moyes, United buat pertama kalinya akan mengakhiri musim dengan mata terkumpul paling rendah dalam sejarah;

> Di bawah Moyes, United buat pertama kalinya gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah sejak 1995;

> Di bawah Moyes, United buat pertama kalinya tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak 2001;

> Di bawah Moyes, United buat pertama kalinya tersingkir dalam saingan Piala FA di pusingan ketiga;

> Di bawah Moyes, United buat pertama kalinya tewas di tempat sendiri kepada Swansea;

> Di bawah Moyes, United buat pertama kalinya tewas di tangan Newcastle sejak 1972;

> Di bawah Moyes, United buat pertama kalinya tewas kepada West Bromwich di tempat sendiri sejak 1978;

> Di bawah Moyes, United buat pertama kalinya ditewaskan oleh Stoke City sejak 1984.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan