Evra Ketepikan Sikap Dendam, Pilih Suarez Sebagai Pemain Terbaik PFA

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 9:28 AM

Suarez (kanan) enggan bersalam dengan Evra sebelum perlawanan pada Februari 2012.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG sensasi Liverpool, Luis Suarez menjadi pilihan untuk meraih gelaran gelaran Pemain Terbaik Persatuan Bolasepak Profesional (PFA) tahun ini.

Dengan jaringan 30 gol setakat ini, Suarez sememangnya layak dinobatkan gelaran tersebut namun apa yang menarik adalah 'musuh ketatnya', Patrice Evra turut memilih nama penyerang Uruguay ini bagi anugerah tersebut.

Berdasarkan laporan Sunday Mirror dan Sunday Times, Evra mengambil peduli mengenai pencapaian Suarez itu walaupun dia pernah ditimbulkan isu rasis oleh pemain The Reds itu pada tahun 2011.

Gara-gara kelakuan tersebut, Suarez digantung lapan permainan selepas didapati bersalah.

Makin panas selepas itu, Suarez enggan bersalam dengan Evra ketika pertemuan Liverpool dan Manchester United pada Februari 2012 .

Manakala Evra menambah 'minyak'  ketika meraikan gelaran liga ke-20 musim lalu dengan membawa tangan palsu berikutan Suarez pernah menggigit lengan pemain pertahan Chelsea Branislav Ivanovic.

Sumber di Old Trafford berkata: "Suarez adalah pemain luar biasa, namun tiada siapa percaya di United bahawa Evra mengundi dia.

"Ini menunjukkan dia tidak membenarkan apa yang terjadi antara mereka berdua untuk menilai perkara yang betul. 

"Jelas dia tidak menaruh dendam."

Suarez menjadi pilihan untuk anugerah PFA tahun ini bersama rakan sepasukan Steven Gerrard dan Daniel Sturridge serta pemain Chelsea, Eden Hazard, Yaya Toure (Manchester City) dan Adam Lallana dari Southampton yang telah disenarai pendek.

Suarez menjadi pemain kedua mencatat 30 gol tanpa sebarang jaringan penalti selain Andy Cole yang mencatat 34 gol pada tahun 1993-84.|

Kali terakhir pemain Liverpool mencatat 30 gol dalam aksi liga ialah Rush 1986-87, Neil Adams yang ketika itu meraih gelaran juara liga menewaskan Everton.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan