Chelsea Tewas Pertama Kali Di Bawah Jose Mourinho Di Gelanggang Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 2:29 PM

jose

Jose Mourinho menyaksikan pasukannya, Chelsea menentang Sunderland pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London pada awal pagi Ahad. Chelsea ditewaskan Sunderland dengan 1-2. Foto AP

(Ubah saiz teks)

CHELSEA gagal untuk meneruskan peluangnya bagi merangkul trofi Liga Perdana Inggeris apabila kalah di gelanggang sendiri di Stamford Bridge ketika menentang pasukan Sunderland pada awal pagi Ahad.

Ditewaskan oleh Sunderland dengan jaringan 2-1 merupakan kekalahan pertama buat pengurus Chelsea, Jose Mourinho selepas mengharungi 78 perlawanan.

Kekalahan itu memberi ruang dan peluang kepada pencabarnya, Liverpool untuk merebut gelaran juara dalam liga itu.

Chelsea meraih jaringan pembuka tirai yang dilakukan oleh Samuel Eto pada minit ke-12.

Hanya beberapa minit selepas itu pada minit ke-18, pemain Sunderland, Connor Wickham menyamakan kedudukan.

Aksi cemerlang Sunderland berterusan apabila Fabio Borini dari Sunderland mencatatkan gol kemenangan pada minit ke-82.

Jaringan:

Chelsea: Samuel Eto (12')

Sunderland: Connor Wickham (18') dan Fabio Borini (82')

Pemain:

Chelsea: Schwarzer 5, Ivanovic 6, Cahill 6, Terry 6, Azpilicueta 6, Ramires 5, Matic 6, Willian 6, Oscar 6, Salah 6, Eto'o 6; Subs: Torres 6, Schurrle 6, Ba 5.

Sunderland: Mannone 7, Vergini 6, Alonso 5, Brown 6, O'Shea 6, Cattermole 2, Colback 6, Larsson 6, Johnson 6, Borini 6, Wickham 6. Subs: Celustka 6, Altidore 6.


iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan