Suarez Minta Semua Penyokong The Reds Bertenang

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 10:00 AM

Suarez harap semua penyokong Liverpool bertenang.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez meminta penyokong-penyokong kelab ini agar bersabar bagi mengurangkan tekanan pasukan dalam merebut persaingan trofi pertama dalam tempoh 24 tahun musim ini.

Pemain antarabangsa Uruguay yang menjaringkan 29 gol musim ini mengakui dia tidak boleh mencapai tahap kemuncak melalui pihak media.

"Satu perkara biasa penyokong-penyokong berasa teruja dan berbincang mengenai peluang yang kami ada.

"Saya ada berjumpa dengan peminat-peminat ketika keluar membeli-belah dan mereka ada bercakap dengan.

"Saya memberitahu mereka agar bertenang dan jangan risau. Kami akan cuba yang terbaik.

"Bagi seorang pemain, adalah lebih baik jika tidak terlibat dengan perbincangan tersebut.

"Secara peribadi, jika saya tidak mendengar radio, tidak menonton TV atau membaca, saya rasa lebih baik. Saya tahu situasi sebenar.

"Memenangi trofi  adalah sesuatu yang berharga, namun kami tidak boleh terlalu memikirkan itu pada masa ini," jelas Suarez.

The Reds kini mendahului kedudukan liga dengan kelebihan dua mata (77) di atas Chelsea  dengan berbaki empat perlawanan.

Minggu ini mereka akan bertandang ke Norwich City.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan