Ferguson Suruh Saya Uruskan Crystal Palace - Pulis

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 12:38 PM

Tony Pulis

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Crystal Palace, Tony Pulis mendedahkan Sir Alex Ferguson adalah faktor utama keputusannya untuk menerima tugas mengendalikan skuad ini.

Pulis menggantikan Ian Holloway pada 23 November dalam keadaan pasukan tidak begitu baik dengan berada di kedudukan bawah liga selepas sebelas perlawanan berlangsung.

Namun kini, dengan berbaki empat lagi perlawanan, mereka masih 'bernyawa' dengan tenang, lebih-lebih lagi dengan kemenangan 3-2 ke atas Everton sekaligus membawa mereka menduduki tangga ke-11 dengan 40 mata, kelebihan 10 mata daripada zon penyingkiran.

Pun begitu, Pulis mengakui ia satu perjalanan yang sukar.

"Ya, ia sangat sengit. Saya ada bercakap dengan Steve (Parish, naib presiden Palace) lebih kurang empat atau lima kali.

"Saya bertemu dengannya sekali dan saya rasakan ia bukan keputusan yang baik. Selepas itu mahu berbincang sekali lagi.

"Dia datang ke  Bournemouth dan kami meluangkan masa berbincang dengan baik dan Steve yakinkan saya untuk menerima cabaran ini.

"Melihat ketika itu, semua orang mengatakan ia misi sukar.

"Sir Alex Ferguson dan Peter Coates, bekas pengerusi saya di Stoke adalah dua nama yang menyokong saya menerima tugas ini.

Dan mereka ini adalah pemerhati yang tepat. Selebihnya hanya memberi pandangan negatif," katanya.

Jelas Pulis, ketika itu dia tidak melihat Palace bermain, atau apa yang mereka ada.

"Saya hanya sukakan cabaran. Sudah menjadi sifat saya untuk memandang ke depan. Dan kami berjaya lakukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tony Pulis , Crystal Palace , Alex Ferguson

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan