Enam Termasuk Gerrard Disenarai Pendekkan Untuk Anugerah Pemain Terbaik 2013/14 - Bola Sepak | mStar

Enam Termasuk Gerrard Disenarai Pendekkan Untuk Anugerah Pemain Terbaik 2013/14

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard, Daniel Sturridge dan Luis Suárez, pemain Chelsea, Eden Hazard, pemain Southampton Adam Lallana dan pemain Manchester City, Yaya Touré adalah di kalangan enam pemain yang disenarai pendekkan untuk anugerah 'Pemain Terbaik' pilihan Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Inggeris bagi musim ini.

Hazard dan Sturridge turut disenaraikan untuk kategori 'Pemain Muda Terbaik' bersama-sama Ross Barkley, Aaron Ramsey, Luke Shaw dan Raheem Sterling.

Gerrard adalah satu-satunya pemain yang pernah memenangi anugerah ini pada musim 2005-06.

Pemain Southampton, Adam Lallana, 25, menerima pencalonan ini buat pertama kali dalam kariernya ekoran persembahan cemerlang musim ini yang turut menyaksikannya terpilih bermain untuk pasukan kebangsaan.

Eden Hazard menerima pencalonan ini untuk kali kedua berturut-turut.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan