Presiden Inter Sahkan Sasar Tiga Penyerang Musim Depan Termasuk Torres

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 7:55 PM

Edin Dzeko beraksi mewakili Manchester City dalam perlawanan menentang Sunderland baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Internazionale, Erick Thohir mengesahkan pada Khamis bahawa mereka sedang menimbang untuk membeli penyerang Manchester City, Edin Dzeko dan Chelsea, Fernando Torres.

"Memang kami akan membeli penyerang baru musim depan dan mereka di bawah pemerhatian kami," kata Thohir sebagaimana dipetik oleh Gazzetta dello Sport.

Beliau menambah yang Dzeko, penyerang Real Madrid Álvaro Morata serta Torres, menjadi sasaran utama Inter sekarang.

Dzeko masih di bawah kontrak dengan City sehingga Jun 2015 dan penyerang Bosnia & Herzegovina itu telah menjaringkan 41 gol dalam 93 perlawanan liga.

Musim ini sahaja dia telah menjaringkan 11 gol dalam 26 perlawanan musim ini.

Torres, 30, menyertai Chelsea dari Liverpool dengan harga £50 juta pada Januari 2011, kini bukan lagi menjadi pilihan utama dan hanya sekadar mampu menjaringkan empat gol dalam 16 perlawanan musim ini.

Morata, sementara itu semakin menjadi pilihan utama Madrid di bawah Carlo Ancelotti dan kini telah menjaringkan enam gol dalam  18 perlawanan La Liga. 


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan