Final Copa del Rey: Jaringan Bale Bantu Real Madrid Tewaskan Barcelona

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 9:25 AM

Bale melompat gembira selepas menjaringkan gol kemenangan Real Madrid menumpaskan Barcelona pada final Copa del Rey di Valencia, Sepanyol awal pagi Khamis.

(Ubah saiz teks)

> Pemain termahal dunia Gareth Bale menjaringkan gol kemenangan Real

> Ia adalah gol Bale yang pertama menentang Barcelona dan ke-20 untuk Real

> Juga trofinya yang pertama sejak menyertai Real dari Tottenham Hotspur

> Cristiano Ronaldo tidak diturunkan kerana cedera

> Angel di Maria jaringkan gol pertama Real sebelum Marc Bartra samakan kedudukan


PEMAIN termahal dunia, Gareth Bale menjaringkan gol yang menakjubkan ketika perlawanan hanya berbaki lima minit sahaja lagi untuk tamat bagi membolehkan Real Madrid menjulang trofi mereka yang pertama musim ini menumpaskan Barcelona 2-1 dalam final Copa del Rey atau Piala Raja Sepanyol.

Jaringan itu sudah memadai untuk Real mengutip balik pelaburan besar yang mereka lakukan ke atas pemain asal Wales itu.

Ia adalah trofi Bale yang pertama sejak menyertai Real di penghujung musim lalu dan ia lakukan itu tanpa kelibat bintang sebenar Real, Cristiano Ronaldo yang cedera.

Selepas wisel penamat dibunyikan, Cristiano Ronaldo dan Pengarah Bolasepak Real, Zinedine Zidane berlari meluru ke arah Bale lalu memeluk dan menjulangnya sebagai hero baru mereka.

Gol kemenangan yang dijaringkan Bale sememangnya menakjubkan semua orang. Dia berlari membawa bola hasil hantaran Fabio Coentrao dari sebelah kiri garisan tengah padang lalu meluru ke arah pemain Barca, Marc Bartra yang sedia menantinya. Pemain itu mengasak Bale sehingga dia terkeluar padang tetapi bola masih lagi berada di dalam padang.

Bale tidak jatuh sebalik terus berlari di luar padang dan masuk semula untuk mengejar bola yang berada di hadapannya. Bartra cuba mengejarnya semula tetapi larian Bale terlalu pantas. Dia meluru ke hadapan ke arah penjaga gol Barca, Jose Manuel Pinto lalu meledakkan bola dengan begitu kuat tanpa Pinto dapat melakukan apa-apa.

Bagi Pengurus Real, Carlo Ancelotti, beliau kini mencatat sejarah sebagai jurulatih kedua selepas Jose Mourinho yang berjaya menjulang tiga piala yang sama di tiga negara yang berlainan iaitu Piala FA Inggeris, Piala FA Itali dan kini Copa del Rey.

Malang bagi Leonel Messi, beliau tenggelam dalam perlawanan ini sepertimana dalam dua perlawanan yang terdahulu yang menyaksikan mereka tewas di peringkat suku akhir Piala Liga Juara-Juara dan perlawanan liga minggu lalu.

Barcelona: Pinto, Bartra (Alexis 86), Alba (Adriano 46), Alves, Fabregas (Pedro 60), Xavi, Iniesta, Mascherano, Busquets, Messi, Neymar.

Simpanan: Oier, Puyol, Song, Roberto.

Gol: Bartra 68.

Kad Kuning: Neymar, Mascherano.

Real Madrid: Casillas, Pepe, Ramos, Coentrao, Carvajal, Bale, Alonso, Modric, Di Maria (Illarramendi 86), Isco (Casemiro 88), Benzema (Varane 90).

Simpanan: Diego Lopez, Fernandez, Morata, Jose.

Gol: Di Maria 11, Bale 85.

Kad Kuning: Pepe, Isco, Alonso


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan