Shaw Semakin Hampir Sarung Jersi United - Bola Sepak | mStar

Shaw Semakin Hampir Sarung Jersi United

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 11:57 AM

Luke Shaw

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United semakin hampir mendapatkan bintang England, Luke Shaw bagi pemain baharu pertama musim depan.

United terpaksa bersaingan dengan Chelsea untuk mendapatkan pemain pertahanan berusia 18 tahun ini.

Pengurus United, David Moyes bimbang sekiranya perebutan pemain ini berpihak kepada Chelsea memandangkan Shaw adalah bekas pelatih akademi kelab The Blues sejak berumur lapan tahun.

Bagaimanapun, pihak media dikhabarkan bahawa Shaw lebih berminat dengan janji United yang akan memberi tempat dalam barisan utama di Old Trafford dan juga bersetuju dengan syarat-sayarat yang diletakkan oleh Southampton.

United masih mempunyai baki £100 juta bagi kegunaan musim baharu nanti dan bersedia untuk melaburkan wang buat pemain pertahanan Southampton ini bagi menggantikan Patrice Evra.

United dilaporkan bersedia untuk mengeluarkan £30 juta (RM162,943,320 juta) untuk mendapatkan Shaw.

Tags / Kata Kunci: Luke Shaw , Southampton , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan