Lions XII Atasi Pendahulu Liga Pahang 4-1, Kelantan Kalah Teruk

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 8:40 AM

HAMPA... Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kelihatan kecewa selepas melepaskan empat gol kepada Sime Darby FC pada Perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini Selasa malam. Kelantan tewas 0-4 kepada pasukan Sime Darby. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan dari seberang tambak, Lions XII mencabar kedudukan Pahang selaku pendahulu Liga Super selepas mengalahkan skuad Tok Gajah 4-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura Selasa malam.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menjejas kedudukan Pahang yang terus mendahului 11 pasukan lain selepas 13 perlawanan.

Pahang bermula garang apabila pemain importnya, Damion Stewart membuka jaringan seawal minit kelapan.

Kegembiran pasukan pelawat tidak kekal lama apabila Lions XII menyamakan kedudukan menerusi Safuwan Baharuddin pada minit ke-30 dan penyerang berbisa skuad itu, Sufian Anuar, menambah duka Pahang apabila melakukan hatrik pada minit ke-79, 92' dan 94.

Dalam satu lagi perlawanan, pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengutip tiga mata penuh selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot Liga Super di Stadium Perak, Ipoh.

Pemain muda Mohd Nazrin Mohd Nawi muncul wira pasukan Harimau Selatan apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-13.

Perlawanan di Stadium Perak tercemar apabila segelintir penonton bertindak liar membaling objek ke dalam padang menyebabkan pasukan JDT tidak dibenar keluar dari stadium atas faktor keselamatan.

Sime Darby pula berpesta gol selepas membelasah Kelantan 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain import berasal dari Croatia, Mateo Roskam melakukan hatrik pada minit keenam, ke-46 dan ke-69 manakala satu lagi gol pasukan berstatus kelab itu dijaring Mahmoud Amnah pada minit ke-66.

Di Stadium Negeri, Kuching, pasukan Sarawak memanfaat peluang beraksi di laman sendiri selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

ATM bermula garang apabila Juan Arostegui membuka jaringan pada minit ke-31 sebelum Sarawak menyamakan kedudukan menerusi Junior Eldstal pada minit ke-41.

S.Chanturu kemudian menjaringkan gol kedua pasukan tuan rumah pada minit ke-64.

Kesilapan pemain ATM Fazly Alias mengundang padah apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-71 sebelum D. Christie Jayaseelan mengesahkan kemenangan bagi pasukan Sarawak pada minit ke-74.

Sementara itu, Selangor PKNS FC mencatat keputusan seri 2-2 ke atas Terengganu di Stadium Shah Alam.

Skuad Penyu berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-21 menerusi tandukan Azlan Zainal pada minit ke-21 sebelum rakan sepasukan, Mario Karlovic, menggandakan jaringan pada minit ke-42.

Gol Selangor PKNS FC dijaringkan Patrick Ronaldinho dan P. Gunalan, masing-masing pada minit ke-63 dan 77.

Tags / Kata Kunci: Liga Super , Lions XII , Pahang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan